Thursday, 8 November 2012

Harta, tanggungjawab & jasa.


Dua situasi yang berbeza tapi bermotifkan perkara yang sama.


Situasi 1.

"Adik nak sambung study kat oversea", hajat seorang adik kepada abang diluahkan.
"Kalau adik pergi belajar kat oversea siapa nak jaga Mak dan Abah?". Si Abang bersuara tanda membantah.
"Habis kalau adik ditakdirkan adik pergi dulu, tak ada oranglah yang boleh jaga Mak dan Abah?" Si Adik menjawab, lalu abangnya terdiam.


Situasi 2.

"Kalau dia dah kerja nanti tak boleh tolong Mak ngan Ayah memang anak yang tak kenal budi lah. Mak dan Ayah dah banyak habiskan duit untuk dia. Lainlah aku, Mak ngan Ayah tak banyak habis duit untuk aku dulu"


Situasi 3.

"Ko tak payah lah sambung belajar. Cukuplah dengan degree tu. Tak payah kerja jauh-jauh. Kerja dekat-dekat kampung je. Bila lagi kau nak berbakti untuk Mak dan Ayah? Aku ni takpe lah sebab tak masuk universiti."


Lalu aku terfikir, perlukah ada ukuran untuk membalas jasa ibu dan bapa? Apa guna seorang ibu melahirkan 20 orang anak, kalau semuanya berkira dan menyerahkan tanggungjawab hanya kepada seorang anak sahaja? 

Kenapa perkara ni berlaku?
Mungkin salah kami.

T.T

3 comments:

  1. Hurmm,macam2 la sekarang ni..ibu bapa tak pernah berkira pun nak besarkan anak..

    ReplyDelete
  2. balas jasa = menggembirakan ibu bapa.

    bab org lain nak kata apa tu bior kan aja ;)

    ReplyDelete
  3. antara jual ikan dan beli ikan. hehe. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete