Thursday, 15 November 2012

Hanya yang suka membaca yang dapat rasa


Sejak kebelakangan ni, nafsu untuk membeli buku membuak-buak. Bukan nak riak. Bukan jugak nak bagi korang cuak. Aku beli je. Baca tu kemudian. Yang penting simpan. InsyaAllah, berguna masa hadapan. Buat bekalan. Jadi pedoman. Untuk panduan. 

Buku-buku yang aku suka beli berunsurkan cerpen-cerpen cinta, travelog dan kehidupan. Bonus kalau penulis itu berkarya di atas landasan pengalaman. Di hujung rumusan terselit pengajaran. Bagiku ia cukup merangsang pemikiran. Syabas encik/cik pengarang. 

Sesetengah orang nampak benda ni membazir. Ramai yang suka beli buku motivasi berbanding cerpen/novel. Bagi aku terpulang, dua-dua bagi manfaat. Asalkan pandai menterjemahkan apa yang ingin penulis sampaikan. Buku motivasi pun banyak yang tak dapat memotivasikan pembaca. Tapi bila baca novel/cerpen, kita selami kisah watak utama. Pengajarannya hanya pembaca yang dapat rasa.

Aku harap dengan membaca karya-karya yang bermutu dan best ini, aku dapat menghasilkan karya setanding dengar karya mereka dengan cara penulisan aku yang tersendiri. Tapi aku masih tercari-cari identiti, :"(

p/s: Kalau aku bertandang ke kedai buku, aku mesti cakap kat member aku "mesti best kalau rumah aku ada library macam ni"

Aku boleh jadi gila bila tengok gambar-gambar ni.







Aku harap, aku yang duk dalam bathtub tu.




7 comments:

  1. cuba senaraikan buku yg nak beli...aku pon memg membuak2 nk beli buku...

    ReplyDelete
  2. suka beli novel.pastu peram lama-lama.ada mood baru baca.kadang2 tak baca pun lagi dah beli yg baru.huhu

    ReplyDelete
  3. my dreAM AS WELL.. NAK ONE ROOM yg penuh dgn buku.. siap kena guna ladder tinggi2 nak amik buku. yeeehaaaa!! eh, zack. cuba hang try novel from hlovate - nice! and lg satu melur jelita.... tu pon kalo hang minat novel melayu la....

    ReplyDelete
  4. bestnya tgk buku banyak banyak camtu. for me kalau umah sendiri tak dak library tapi umah dkt ngan library pun jadi lah, leh ulang alik pinjam buku tiap tiap hari. bestnyaaaaa....

    ReplyDelete
  5. Baca buku memang best.. apa-apa buku pun, mesti ada secolet ilmu yang kita dapat, hatta komik sekali pun. Saya dulu suka gile baca buku cerita "Ceritalah Lagi", "Kisah Dongengan", "Pengembaraan 5 Sekawan" dan macam-macam lagi lah.. dah remaja upgrade skit pada novel cintun Mills and Boon (byk membantu English saya!), fantasi macam Lord Of the Ring, Narnia dan bila tua ni upgrade la pada thriller, biography.. apa-apa la yang patut.. Memang best.. Kan!!

    ReplyDelete
  6. Sekarang ni rakyat Malaysia memang minat membaca...
    Teruskan usaha anda dalam mencari identiti penulisan anda!!!

    ReplyDelete
  7. aku ada beli novel,dan ada org hadiahkn aku buku.tp sbb aku sibuk sgt kesian buku2 tu :/ belum lg aku khatamkn.

    ReplyDelete