Wednesday, 28 November 2012

Day 2: Blur



26 November 2012, Isnin


5.00AM: Tersedar dari kematian kecil. Sambung tidur. Letih barangkali. Rugi kalau bangun terlalu awal. Dasar tidak gemar mengambil peluang untuk Tahajjud. Usah ikut perangai ini.

6:00AM: Bangun ke tandas. Subuh. Sambung tidur.


7:15AM: Mije datang kejut. Gua bingkas bangun terus ke tandas. Ah, baru hari kedua. Bila nak habis empat minggu ni?


8:30AM: Selepas sarapan, gua ada ceramah bersama Pengarah. Ceramah yang sangat bagus dan Pengarah merupakan wanita yang sangat ramah dah sporting.  Gua suka cara dia memberi talk.


1:30PM: Waktu lunch. Sekali lagi gua tak ada selera. Gua sepatutnya bahagia.  Namun, gua macam belum bersedia. Gua nak balik! Gua nak balik!. Tapi hati gua paksa untuk bersabar. Dah tak lama.


8:30PM: Seminar lagi. Kali ni gua kena berbincang dalam group tentang subjek yang gua ajar. Aku instructor bagi subjek Etnomatematik. Jujur aku katakan, Etnomatematik itu luas sampai gua tak tahu apa yang gua kena bincangkan. Ahli group pula semua serah kat gua. Gua sabar. Wakil kumpulan dijemput untuk membentangkan idea. Gua goreng. Nasib baik rangup dan tak hangit. Gua lega. Namun masih bersulamkan "blur".



11:55PM: Lagi lima minit untuk ke hari bersejarah. Kejap ingat, kejap gua lupa. Ada sorang member gua siang-siang lagi dah wish. Terlampau mengantuk katanya. Karangannya di BBM gua tak sempat nak baca sebab masa dia hantar tu gua tengah nervous nak present. Terima kasih buat semua yang wish walaupun tak ramai. Yang SMS, BBM, twitter dan juga fesbuk. Gua hargai kalian. =)

1 comment:

  1. kritikal awak ni. day 2 masih blur agi. kdg2 nak suke sesuatu amek masa. beri ruang dan peluang utk diri sendiri. *sy ni bajet fhm je ape yg tgh awk blur kan*

    birthday ke? kalau ye, selamat ulangtahun. semoga usia yg dipinjamkan, dimanfaat sebaiknya. :)

    ReplyDelete