Tuesday, 27 November 2012

Day 1: Kosong



25 November 2012, Ahad


6.00AM: Pagi itu gua dikejutkan dengan mimpi pasal kereta. Barangkali panggilan telefon siang tadi terbawak-bawak ke dalam mimpi. Seharian gua tak boleh senyum bila fikir pasal kereta. Masalah dulu masih berbaki. Celik je mata, gua tercari-cari blackberry kesayangan gua. Bimbang member gua SMS  bagitahu diaorang dah sampai kat KTM Serdang. Aku kena ambik diorang kat sana. (Diorang: Mije dan Semey) Member gua tak SMS. Last-last gua yang SMS. Diaorang on the way. Kat KL Central. Lepas Subuh gua turun. Panaskan enjin kereta.


8:00AM: Lepas ambik diorang kat KTM, gua ajak breakfast kat Maulana. Gua banyak senyap. Tapi kadang-kadang gua ada jugak bertanyakan soalan-soalan skema yang gua pelajari dari teman rapat gua. Untuk mengelakkan diorang rasa tidak selesa dengan gua.


9:00AM: Gua sambung tidur. Member gua sorang turut tidur. Sorang lagi pergi dengar ceramah. Gua malas ikut. Jangan ikut perangai gua.


10:00AM: Gua bangun. Sambung kerja-kerja RA gua yang tertangguh. Gua sedih. Beberapa jam lagi gua akan berhadapan dengan benda-benda yang merunsingkan jiwa gua. Gua pasrah. Walaupun masih boleh mengubah keputusan gua, tapi gua tetap akur.


3:00PM: Kami bertolak dari Kolej Kedua ke UKM. Sebelum tu kami menyinggah di Restoran Wong Solo untuk mengisi perut yang mengidamkan Nasi Ayam Penyet. Hujan turun. Kami meneruskan perjalanan ke Pusat PERMATApintar Negara, UKM. Alhamdulillah, selamat sampai dan tak sesat. Berjuta lemon terima kasih gua ucapkan kepada member gua, Mohd Razik sebab bersusah payah meluangkan masa untuk menunjukkan jalan ke sana pada hari yang sebelumnya (sampai sakit perut) (nasib baik tak terberry di dalam kereta). Hahaha.


8:30PM: Sesi pertama seminar dimulakan dengan ice breaking. Tak lama. Kemudian pengenalan kepada program ini. Teruja dengan keadaan yang digambarkan. Gua makin merasa rendah diri dan kurang berkeyakinan. Ah, perasaan ini bila akan hilang? Kami semua terbahagi kepada tiga jawatan. Instructor, Teaching Assistant (TA) dan Resident Assistant (RA). Gua pandang sekeliling. Bercampur.  Gua tak dapat bezakan yang mana instructor, TA ataupun RA. Semua orang gua lihat lagaknya seperti instructor. Hebat. Gua melihat diri gua. Kosong. :(


10:30PM: Tamat. Kami ke café untuk supper. Gua masih lagi kenyang. Selera tertutup di hadapan rezeki yang lazat. Kesedihan masih lagi berbaki.


1:30AM: Gua baru nak tidur selepas buat kerja-kerja UPM gua yang tidak siap-siap.

5 comments:

  1. masalah apanya tu? misteri smpai ujung entry

    ReplyDelete
  2. Don't worry que, mesti leh jadi RA paling best & sporting kat situ hehe. Whatever your problems, moga cpt settle & hati kembali tenang. Kalau tgh down meh blog mama tgk gelagat notti si kembar, hilang stress hehe...ke lagi stress? haha

    ReplyDelete
  3. rendah diri? bagus sikap tu. tp jangan sampai buat kita jatuh terus ye.

    next day, bukan sekadar jd pemberi tp penerima. menerima pengalaman. good luck!

    *adekah saya benar2 memahami entry yg hendak awak sampaikan ni?* huhu

    ReplyDelete
  4. nape cam sedih ni?

    btw, sepupu akak ade kat permata pintar UKM tu.hehe.

    ReplyDelete