Monday, 5 November 2012

bersalah itu rasa


"Rasa bersalah" 
Perasaan yang sangat aku benci. 
Sering menghantui. 
Membuatkan perjalanan hidupku terhenti seketika.
Menambahkan himpunan hari-hari yang tidak bermutu.

Saat ini, 
Roh tiada dalam jasad ketika mata terbuka.
Dan juga ketika mulut berkata.
Ia mirip halusinasi.
Aku terkurung di alam fantasi.

Pintu bilik terkunci tanpa mahu sesiapa membukanya. 
Aku fikir, aku boleh hidup tanpa sesiapa. 
Namun, sangkaanku meleset.
Aku jadi takut.
Aku teruskan berfikir.
Mencari konklusi yang lebih tepat.
Pengakhirannya: Buntu.

Kenapa susah untuk berfikir dengan waras?
Bagaimana untuk menghindari rasa bersalah?

Jangan tanya aku,
aku masih belum ada jawapan.
sekian.

p/s: member sekolah menengah aku pernah berkata: "ko ni terlalu banyak berfikir!"


2 comments:

  1. rasa bersalah buat kita terkedu sampai resah itu hilang.

    ReplyDelete