Thursday, 22 November 2012

Antara Permata dan Kalimantan



Gua tak pasti perasaan gua sekarang bagaimana. Berduka kah? Bersuka kah? Terluka kah? Yang pasti hakikatnya gua kena tempuhi jua. Alkisahnya bermula ketika gua ditawarkan untuk menjadi tenaga pengajar selama sebulan di sebuah kem yang dianjurkan oleh Permata Pintar Negara, UKM. Gua takut. Sangat takut. Insan seperti gua ini langsung tiada pengalaman mengajar. Tambahan pula mengajar budak-budak pintar.  Gua kena buat betul-betul. Tak boleh main-main. Kena memperlengkapkan diri gua ini dengan kemahiran-kemahiran luar biasa selaras dengan ke-luarbiasa-an pelajar di sana. Gua mulai bimbang.

Di suatu petang yang hening, gua menerima SMS dari supervisor gua.

Supervisor: Kalau saya ajak Que pergi Kalimantan boleh? Que present yang kita buat untuk USM tempoh hari. Baizura dan Tarmizi insya Allah ikut sama.
Aku: Bulan 12 ni kan Dr? Bila tarikh? Dr rasa sempat tak nak buat preparation?
Supervisor: Semuakan dah siap. Kita hanya perlu kemaskini sahaja. Tarmizi baru nak mula. InsyaAllah sempat.
Aku: Ok Dr. InsyaAllah boleh.

Pada ketika ini aku rasa excited bercampur dengan berdebar. International Conference kot. Tiba-tiba gua terfikir, eh, kem pun bulan Disember , conference pun bulan Disember. Boleh mintak pelepasan ke ni? Supervisor gua cakap boleh sebab orang yang handle kem Permata Pintar ni kawan dia. Lega.
Dan semalam hati gua tergerak untuk menghantar email kepada pihak Kem Permata Pintar berkenaan dengan pelepasan untuk ke conference tu.

Dan respon dari pihak Permata Pintar adalah:-


:(


Dari sini gua dapat belajar, tak mudah untuk kita diberi dua peluang yang bermakna dalam suatu masa yang sama. Pilih dengan hati. InshaAllah, keputusan itu terbaik untuk kita.

Dah keputusan gua adalah..... hurmm... korang rasa gua pilih yang mana?? Gua pergi ke Kem Permata Pintar atau Kalimantan?


:(



7 comments:

  1. mesti skrg confuse nk pilih...

    ReplyDelete
  2. Aiyoo...
    Option 1; pegi kem shj. Sape2 yg terlibat dengan ur research paper, boleh mewakili anda untuk membentangkan research anda...
    Yg penting research anda didengari, bukan anda dilihati...mgkn onward sde lg jemputan interntnl.confr. Lagi...

    Option 2:pegi kem kemudian conf.
    ...hubungi penganjur conference, nego dgn depa supaya ur team punya presentation di bawa ke belakang..biasanya penganjur boleh adjust,priority dia org kehadiran speaker...

    Option 3. Pegi conf. Je....mungkin position di kem tu digantikan dgn org lain..n next kem depa mesti reluctant utk lantik awak lagi...

    Selamat maju jaya...
    Acapclapclap

    ReplyDelete
  3. 1) Kalau tak pergi conference pun boleh sebab paper kita boleh dibentang oleh presenter lain dan paper kita tetap masuk proceeding.
    Tapi perkhemahan tu bukanlah satu keperluan utk master berbanding publish paper ke proceeding/journal.
    2) Nampak gaya macam organizer kem tu tak boleh dibawa berbincang. Seolah-olah agak sukar nak dapat pelepasan. Walaupun mungkin Dr Pah kata boleh dirunding tapi cuba fikir, kata nak fokus mengajar peserta kem?? Pada masa yang sama persiapan untuk ke conference?? Slide presentation? Contents? Pengalaman pertama selalunya tak mudah :)

    Aku menjangkakan kau tak join perkhemahan. Hihihi

    ReplyDelete
  4. awak, kita dah bagi opinion. hehe. itu ikut pada pemikiran aku. moga dapat apa yang terbaik sahabat.

    ReplyDelete
  5. Saya vote kalimantan. Sebab conference tu. Anyway, buat pilihan yang terbaik :D

    ReplyDelete
  6. kalau aku, lebih kepada ikut hati berat nak pergi yang mana. antara dua pilihan, mesti ada satu yang kau betul2 yakin.

    tp kalau aku, kalimantan kot. camping bile2 boleh pergi. :)

    ReplyDelete