Tuesday, 13 November 2012

Alza, Bas & Viva


Cerita ni sebenarnya dah lama. Masa cuti Hari Raya Aidiladha yang lepas. Tapi kira baru lagi lah sebab daging korban masih lagi ada, membeku dalam peti sejuk. Separuh dah jadi sisa, selamat terbenam dalam toilet. (Hoi, pesal dua tiga entri kebelakangan ni aku duk asyik cerita pasal taik ha?? Jijik tahu!!)

Segalanya bermula di sini. Ececece...

1. Hari Raya Aidiladha yang lepas aku tak ada baju raya pun. K. Tiada kaitan. Haha. Sebenarnya Hari Raya Aidiladha yang lepas aku sepatutnya balik raya dengan abang ipar aku. Kakak aku merangkap wife dia dah ada kat kampung sebab nak berpantang dalam 1-2 minggu kat kampung. Tiba-tiba, last minit abang ipar aku tak boleh balik kampung sebab tak dapat cuti. Hangin jugaklah sebab tiket bas konfemlah habis. Alternatif terakhir adalah balik kampung dengan kereta Viva (sepatutnya jadi pengangkutan utama, tapi saje gedik + malas nak drive + tak biasa drive jejauh). Nasib baik ada dua orang member aku sanggup nak temankan. Alhamdulillah, sampai dengan selamat.

2. Sehari selepas raya, tiba-tiba je hot kat rumah bila bercerita pasal kereta aku (yang ayah aku belikan sebab kesiankan nasib anaknya yang kehilangan motosikal + penat ulang alik dari kolej ke fakulti berjalan kaki) tu ada problem tentang penukaran hak milik kereta itu. Ala-ala ada unsur penipuan yang akhirnya terkantoi oleh abang-abang ipar aku. Lepas tu, apa lagi, abang ipar aku yang konon-kononnya otai tu terus kontek orang yang deal pasal jual beli kete ni. Bla bla bla bla... so akhir sekali kata putusnya kitorang kena bawak kereta ke PUSPAKOM pada hari Isnin.

3. Sepatutnya aku dah kena balik UPM hari Ahad sebab hari Isnin kena masuk ofis dah. Tapi disebabkan hal ini berlaku secara tiba-tiba, Aku kena stay kat kampung dululah. Aku pun suruh kawan aku yang nak tumpang ke UPM tu balik je UPM, tak yah tunggu aku sebab takut nanti kerja diorang tergendala. Aku sebenarnya nervous sampai tak lalu nak makan sebab tak tahu macamana nak bawak kete ke UPM. Memang tak sanggup lah kalau drive sorang-sorang. Penakut kan? 

4. Oleh yang demikian, aku pun belilah sekeping tiket bas untuk pulang ke UPM. Dengan harapan abang ipar aku yang tak jadi nak balik tu akan balik kampung dengan bas, lalu mendrive kereta aku sekali gus membawa isteri kesayangannya ke Shah Alam. Kemudian aku bolehlah ambik kereta aku kat rumah dia. Begitulah perancangan yang sebenarnya. Hari Selasa malam aku bertolak ke UPM. Hari Rabu dah masuk ofis. Hari Rabu tu jugak boss aku SMS nak kerja-kerja RA aku. Memang O-M-G lah sebab baru buat beberapa helai. Memang malam tu tidur lambat sebab siapkan kerja-kerja tu. Nasib baik sempat siap walaupun beratus-ratus helai. Bangga dalam keresahan sebab beberapa hari pergi kerja jalan kaki lalu kat lorong pejalan kaki tepi kolej KMR yang dikatakan berhantu itu. Hihihi.

5. Lalu terlahirlah entri blog ini Langkah Itu Nyawa sempena hari-hari ketiadaan kereta. Banyak jugak kerja-kerja tergendala semasa ketiadaan kereta. Pada hari Jumaat yang hening (pada minggu yang sama), sedang aku bercakap-cakap dengan Radzi, Bonda call. Aku menjawab panggilan. Terus mak aku cakap, "Dengar elok-elok ma nak cakap ni". Aku macam dah dapat agak mak aku nak cakap apa. Dan sangkaan aku begitu tepat sekali. ABANG IPAR AKU TAK JADI BALIK NAIK BAS, DIA NAK BALIK NAIK KERETA PERODUA ALZA DIA. GRRRRRRR.. BENGANG RASA.!! SABAR JE LAH. So kereta aku sape nak bawak mai KL?

6. Aku panik dan menggelabah. Tak tahu nak buat keputusan macamana. Nak tak nak, aku kena balik kampung naik bas malam tu jugak untuk balik ambik kereta tu. Tiba-tiba aku teringat kat Zul. Aku terus BBM dia dan ajak dia balik kampung bersama aku. Dia setuju nak tolong. Disebabkan pada hari Jumaat aku ada kelas sampai jam 8 malam, aku bercadang untuk membeli tiket selepas kelas aku habis. Bila tiba saat-saat genting macam ni, aku tak tahu nak mintak tolong sesape disebabkan aku sorang yang duk kat Kolej Kedua ni. Member-member lain semuanya duk kat luar. T.T

7. Dengan membuak-buak perasaan bersalah dan serba salah, aku meminta pertolongan Razik untuk menghantar aku ke Hentian Kajang bagi membeli tiket ke Besut. Pada jam 8:10pm, Razik dah menunggu aku di tempat yang telah dijanjikan. Dalam perjalanan ke Hentian Kajang, aku mendapat panggilan dari abang ipar aku yang dia ajak aku balik malam ni dengan kereta dia. Berkat nama Razik yang memberi makna "murah rezeki", Alhamdulillah, duit tiket boleh mencecah RM90 untuk dua orang dapat diselamatkan dengan penuh kesyukuran. Malam itu aku, Zul dan abang ipar aku ke Besut dengan kereta Alzanya yang mengambil masa selama 5-6 jam untuk sampai ke destinasi.

8. Surprise!!!! Kitorang balik ni sebenarnya tanpa pengetahuan mak, ayah dan kakak aku. Mereka terkejut kegirangan. Gitewww.. Sampai je kami terus menerkam katil. Lena. Selamat Malam semua.

p/s: Hari Sabtu aku bawak Zul pergi mandi Pantai Bukit Keluang, Besut. Panjang woi entri, ada ke manusia nak baca ni???



5 comments:

  1. ada yang baca. hahaha. memang baca pon boleh rasa kepenatan dan perasaan anxiety masa tu. Alhamdulillah semua ok. =)

    ReplyDelete
  2. ade je org yg baca ni.hihi.akak pon tak berani drive sorang balik kampung.sanggup lg amek tiket flight walaupun mahal.huhu.

    ReplyDelete
  3. yeah, ak baca dgn detailnya. good 4 u. selesai kerja. tahniah2 :)

    ReplyDelete
  4. hehe. rezeki wan, nasib hang tak pi beli tiket lagi naa.. bilalah nak dapat gi pantai bukit keluang.. hehe

    ReplyDelete