Wednesday, 21 November 2012

Ajaib Duka


Beep beep.. bunyi sms masuk ke Blackberry gua.

Supervisor: Boleh datang sini. Bilik discussion.
Aku: Ok Dr. (Dah reply tapi gua salah hantar ke member gua.)

Gua masuk ke bilik discussion. Kelihatan tiga pelajar latihan industri dari UiTM, dua orang pensyarah dari UiTM, supervisor gua, dan Dr Isamidin. Gua baru teringat, hari ni ada lawatan pensyarah dari UiTM untuk membuat penilaian terhadap student latihan industri mereka. Gua sebenarnya dipertanggungjawabkan oleh SV gua untuk bagi kerja kepada salah seorang student tu. Afiq namanya. Sama nama dengan anak buah gua yang comel macam muka gua. Tapi dia. K. Tak mau cakap.

Bila sampai turn gua untuk briefing kepada lecturer dari UiTM tu, gua pun dengan semangatnya speaking London. Gua cakap si Afiq tu ok. Padahal, gua bagi kerja senang je kat dia tapi berbulan-bulan tak siap-siap. Gua malas nak banyak cakap. Pensyarah tu berminat nak tahu apa yang gua buat dalam research gua. Gua explain satu per satu. Semua mendengar dengan khusyuk.

Tiba-tiba Dr Isamidin, pensyarah UPM yang berasal dari Uzbekistan bersuara dan mengatakan research gua ni tak kena, tak ada guna lebih kurang macam ntah-apa-apa-ntah. Gua dan supervisor gua tergamam. Kami cuba meng-explain-kan kepada beliau satu per satu. Gua tahu dia tidak faham apa yang gua buat. Dia seakan tidak dapat menerima apa yang gua nak buat. Secara positifnya gua fikir, mungkin disebabkan gua ni satu-satunya pelajar yang membuat master dalam bidang Etnomatematik di Inspem. Gua rilex je. Tapi otak gua ligat berfikir. 

Gua seakan tidak keruan. Mata tak melihat jalan. Kaki melangkah ke hadapan. Otak pula bercambah pelbagai persoalan. Tepat 5:30 petang, gua pulang. 

Dalam perjalanan pulang, gua tiba-tiba teringat akan buku research gua yang telah lama hilang. Itulah satu-satunya manuskrip yang gua hasilkan dan mungkin gua sorang saja yang boleh faham. Dah lama lesap. Sekitar awal Ramadhan. Gua kuat menyatakan gua simpan, bukan buang. Kehilangan manuskrip kesayangan gua ini adalah rentetan daripada peristiwa perpindahan tragis gua dari Kolej Keenam ke Kolej Kedua. Gua pasrah yang gua tidak boleh lagi menatap contengan, tulisan dan lukisan tangan kidal gua yang kadang-kadang cantik, kadang-kadang jelik.

Malam itu gua berduka, kecewa, pilu, hiba, sengsara dan bermacam lagi rasa. Semuanya bercampur sebati menjatuhkan semangat gua. Gua buat keputusan untuk keluar sebentar. Ke tempat yang dapat menenangkan gua. Gua tinggalkan segala masalah di dalam bilik gua. 

Gua bermonolog lagi. Bercakap dengan diri sendiri. Tanya pada diri sendiri, dan jawab juga pada diri sendiri. Seperti biasa. Sentiasa. Selamanya.

Kembali sahaja ke bilik, gua solat hajat. Berdoa agar Allah permudahkan segala kesulitan yang gua alami. Usai sahaja solat, gua buka segala nota yang gua ada. Gua cakap pada diri gua, gua perlu ada buku research baru.  Seperti dulu. Nota-nota gua banyak berterabur. Gua melangkah ke almari membelek-belek himpunan kertas yang berada di dalam paperbag. Gua nak cari buku baru.




Tiba-tiba...




Dua saat kemudian...





Subhanallah... gua jumpa buku research gua yang dah lama hilang tu. Gua bersyukur sangat-sangat. Gua rasa bersemangat balik. Gua diberi nafas baru seperti seorang suami yang kematian bini, tapi bininya itu akhirnya hidup balik. Macam cerita-cerita hindustan yang gua selalu tengok. Gua macam bermimpi. Eh, betul ke ni?? Alhamdulillah..



p/s: Tiada yang mustahil dengan keizinan-Nya. Berdoalah. :)



6 comments:

  1. best tol dpt jumpa buku lama yg hilang...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, diberikan petunjuk.. jumpa balik dah buku tu.. :)

    ReplyDelete
  3. Tu nak menunjukkan yang doa tu senjata kita. Ya, berdoalah. Berdoalah dengan sepenuh hati.
    (^_^)v

    ReplyDelete
  4. awak. kita harap awok tabah. hehe. inshaallah wan, semua akan berjalan lancar. bagi aku dia tak patut memperlekah reserch org len. as a reserchr dia kena tahu, benda yng dibuat itu mesti ada output. kalau dia bidang yg sama patut lebih tahu. dulu, masa tgk2 presntation rerch kau, aku rasa sgt berpotensi. dan that field adalah sgt menarik. wah dah jumpa buku tu? sori dah bebel panjang2. haha

    ReplyDelete
  5. rezeki Allah yang bagi kan. so, dunt worry.

    dr tu nak pom pang bla bla psl research kau, aku rase dy jeles sbb ko hebat sgt. hehe.

    good luck. :)

    ReplyDelete