Monday, 12 November 2012

4:30 am, Jamban & Ayam masak merah


Kelas kau, tajuk entri aku sekarang memang takde sape boleh lawan ah. Kalau geng Buku Fixi tengok ni terus nak ambik aku jadi penulis pereka tajuk cerpen. Entri ini adalah sambungan entri Teluk Intan, Skyfall & KFC. Terima kasih sebab korang sabar menunggu sambungan cerita entri semalam. Ececece... bajet blog aku ni macam blog Hanis Zalikha. 

Sambungan cerita semalam bermula di sini.

1. Pada pukul 4:30 pagi, perut aku betul-betul sakit. Bukan setakat sakit sebab nak berak, tapi sakit memulas. Zul ada bagi aku balm yang berangin-angin tu. Dah sapu-sapu tapi still jugak sakit. Tiba-tiba teringat masa kecik-kecik bila aku sakit perut, mak aku urutkan perut dengan minyak cap kapak. T.T. Ok lepas tu aku tak tahu nak buat apa. Tak nak kejutkan Zul sebab tak mau kacau dia tidur. Lagipun tandas jauh jugak dari rumah. Takut nak berak sorang-sorang. Motif kau nak berak berjemaah? Ewwww...

2. Aku tahan sakit perut sampai pukul 6:30 pagi. Pukul 6:30 pagi aku bangun kejutkan Zul, cakap nak gi tandas. Lagipun masa tu dah Subuh, so kira aku ni macam nak kejutkan dia solat Subuh lah. Padahal motif utama sebab nak suruh dia temankan ke tandas. Keluar je rumah, matahari pun takde lagi. Gelap. Aku cekalkan hati untuk ke tandas ditemankan lampu suluh. Aku suruh Zul naik je sebab malu kot nak suruh dia tunggu kat luar tandas.

3. Lepas je buang air besar, perut masih lagi sakit. Aku terus solat Subuh dan cuba untuk tidur. Tapi tak leh nak tidur. Walhal malam tadi pun aku tak lena sangat sebab tahan sakit. Tengah golek-golek atas katil sambil bertweet, tiba-tiba aku ingin ke tandas lagi. Nasib baik tandas jauh dari rumah. Kalau dalam rumah mesti malu giler aku sebab semua orang bau kot nanti. Hahaha. Dah lah semua family Zul ada kat rumah. Lepas buang air besar untuk kali yang ketiga, badan dah lemah. Aku pun terlelap sampai pukul 9:30 pagi. 

4. Bangun dari tidur, aku terus ke tandas untuk buang air buat kali keempat. Kemudian aku terus mandi. Siap-siap nak balik UPM. Lepas tu temankan Zul pergi pasar, teman dia masak lunch, dan pukul 12:30 tengah hari kitorang lunch sesama. Sedap Zul masak, tapi aku tak dapat nak makan banyak sebab perut masih sakit. Lepas makan, sekali lagi aku ke tandas dengan harapan aku dapat bertahan selama 3-4 jam dalam kereta tanpa berhenti berak di mana-mana tandas sepanjang perjalanan ke UPM.

5. Lepas solat Zohor kami bertolak ke UPM. Hujan lebat. Air banyak atas jalan. Nasib baik hujan kat Perak je. Masuk je Selangor, hujan dah reda. Aku singgah kat kedai tempat buat Nata De Coco. Aku beli sebab Zul kata sedap. Kemudian kitaorang berhenti kat kedai Cendol Durian Borhan. Femes lah kedai ni. Pernah masuk TV. Walaupun keadaan kedai tu tak seberapa, tapi rasa Cendol tu sedap gila (menurut kata Zul sebab aku ni tak gemar makan cendol + durian). Aku order laksa. Laksa dia superb gile weh. Kuah pekat likat rasa ikan banyak giler. Rasa nak tambah satu lagi mangkuk tapi takut pulak perut meragam. Oleh itu aku makan semangkuk je.

6. Semasa dalam perjalanan, kami berhenti di Stesen Petronas sebab Zul nak buang air besar lagi. Aku tak nak buang lagi sebab tadi kat rumah baru je buang. Dalam perjalanan, kami pun berbincang tentang masalah yang kami hadapi ini. Zul automatik aku lantik jadi detektif. Manakala aku sebagai penasihat dan pengulas terhadap kes yang kami sendiri menjadi mangsa keadaan ini. 

7. Zul bertindak untuk meng-sms semua kawan-kawan yang turut serta semasa kenduri tempoh hari. SAH!!! Punca kami sakit perut adalah daripada salah satu menu dari kenduri tersebut. Tapi menu apa? Pada mulanya kami duk syak kerang. Tup-tup macam tak munasabah sebab si Giha tu duk ratah kerang tapi tak sakit pulak perut dia. Kemudian kami salahkan pecal. Menurut seorang lagi mangsa yang sakit perut, dia tak makan pecal. Sah, ayam masak merah!!! Ya, semua mangsa yang sakit perut tu memang makan ayam masak merah! Kes ditutup. Tapi tidak dilanjutkan sehingga ke pengetahuan pihak pengantin. Kami jadi fobia, namun masih terkawal.


p/s: Trauma dah nak makan banyak kat kenduri. Lain kali bawak bekal sendiri je.  T.T

3 comments:

  1. wah. boleh jadi penulis fixi nih. hehe. chi kit teck aun ada? hehe. jauh toilet eh wan.

    ReplyDelete
  2. kisahnya.. dgn penuh tekun skali sy baca tau.. hehe..

    ReplyDelete