Wednesday, 14 November 2012

29 x RM5 = RM145


Tahun ni saje aku dah dapat tiga orang anak buah. Semuanya Hero Malaya. Hensem-hensem plak tu. Macam aku. Hahaha. Kalau nak tahu, akulah adik yang paling bertuah kat dunia ni. Ada enam orang kakak kandung, tiga orang kakak ipar. Bertambah bertuah bila kakak-kakak aku ni semua tahu makanan fevret aku. Dan aku rasa dalam family, aku je mengada-ngada ada makanan dan minuman fevret. Orang lain takdelah se-obviously ada makanan fevret sebab diorang semua benda makan. Bila balik kampung/pergi rumah diorang, mesti diorang nak masak makanan fevret saya. So sweet kan? 

"Elehhh.. orang lain pun macam tu jugak lah, bukan kau sorang."
"K, :'( "

Berbalik kepada cerita pasal anak buah tu, hari ni 14 November 2012, aku telah dikurniakan seorang anak buah. Lelaki. Dah berapa anak buah aku ni? Jap nak ambik kalkulator. 

Abang Zul - 4, 
Kak Ros - 5, 
Abang Za - 2, 
Kak Yah - 3, 
Kak Na - 4, 
Kak La - 4, 
Abang Li - 3, 
Kak Ti - 2, 
Kak Ngah - 2, 
Aku - 0. 

4+5+2+3+4+4+3+2+2=29. 
RM5.00 x 29 = RM145?????? 

OMG. Boleh beli kasut Adidas satu dah. T.T. Tapi aku belom bagi lagi duit raya kat diorang. Muahahahha..

p/s: Kalau balik kampung masa raya, tak payah pergi gym angkat dumbell, pi dukung anak saudara je. 


ni yang ke 27

7 comments:

  1. perghhh ramainya anak sedara. nnt anak sendiri brapa org laa agaknya kan? ;-)

    ReplyDelete
  2. uishhh..saya belum dapat lagi anak sedara.baru dapat abang ipar :)

    ReplyDelete
  3. Mak aih, ramainya..Saya baru je sorg anak buah.Hero jugak. Hehehe..

    ReplyDelete
  4. Jangan cakap saudara baru.. Ipar pun takda lagi, sebab Ain yang sulung (_ _¤)

    Btw. Seronok family besar2 ni~

    ReplyDelete
  5. okay..anak buah ko dah hampir dgn anak buah aku....29..tahun depan 30...jom berlawan anak buah...kopak duit raya aku tahun depan...adess

    ReplyDelete
  6. ramai giler anak buah ko. best bro! kalau ade game futsal, ko dgn anak2 buah je pon dah cukup meriah. xpyah ajak org laen. :)

    ReplyDelete