Monday, 8 October 2012

momen manis bahagian satu


1. Salah satu kenangan terindah dalam hidupku telah terjadi pada dua minggu lepas. Tak sangka, bila ukhuwah yang terjalin di alam maya twitter telah beralih ke dunia realiti, keakraban itu setanding bersama sahabat sejati yang telah lama ku kenali.

2. Pada mulanya, aku tak mahu Sabtu bertandang terlalu awal kerana apabila ia mula datang, pasti pemergiannya itu juga akan berlalu dengan pantas. Aku mahu Sabtu pada hari itu berjumlah 3493580823019 jam.

3. Aku tahu hati ini berat untukku bawa pulang pada keesokan harinya, lalu aku mulai menekan butang record supaya hati ini dapat merakam semua momen-momen indah bersama mereka umpama astro beyond merakam siarannya.

3. Cuaca pagi itu indah. Keredupan awan yang meneduhkan bumi seperti mengalu-alukan kedatangan kami berlima ke Kota Bersejarah. GPS mulai di-set ke destinasi utama. Pengkalan Balak. Homestay yang bakal kami menginap.  

4. "Whoaaa... cantiknya... ", aku terpegun seketika. Laut biru menjadi tumpuan mata kami berlima. 

bersambung...

2 comments: