Saturday, 15 September 2012

“Why Maybank should give me tickets to Legoland”


Kalau dalam bahasa Melayu "Kenapa Maybank patut bagi saya tiket ke Legoland?"

Sebab yang pertama adalah saya ni ada akaun maybank sejak kecik lagi sampailah sekarang. Hari tu saya dah buat kad debit maybank dekat kad tu ada gambar pemain bola manchester united dan saya rasa kad bank maybank yang paling menarik dan menawan tau dak?? 

Sebab yang kedua, masa saya kecik-kecik dulu, saya ni tidak dididik dengan permainan kanak-kanak, lego, robot power rangers, kereta mainan, kereta lumba, helikopter semua tu. Saya tak pernah ada mainan. Seingat saya, permainan saya yang pertama adalah ketika umur 5 tahun iaitu sebuah basikal. Kadang-kadang rasa nak jugak main lego pastu buat robot, power rangers, buat bangunan tinggi-tinggi, buat istana semua. 

Bila dah besar, tengok-tengok ada legoland ni. Saya memang teruja sangat-sangat. Nak jugak pergi. Ingatkan free atau kalau ada bayaran masuk pun macam masuk zoo negara atau muzium jek. Tapi harganya macam tiket flight nak balik kampung hoi. So, saya tangguhkan cita-cita saya untuk ke Legoland ni bila saya dah ada anak nanti lah. 7 tahun lagi mungkin. Hahaha.

Tetapi dengan adanya Maybank, insyaAllah saya dapat pergi dalam masa yang terdekat ni. Kan kan kan kan.. 


Cuba tengok gambar ni!!!.. Pintu masuk pun dah meriah. Belum tengok kat dalam lagi ni. Rasa tak sabar pulak nak masuk. Sebab yang seterusnya, kalau ada rezeki, saya nak bawak anak-anak saudara saya yang sangat ramai tu (kalau parents diorang nak bawak). So kalau bawak diorang semua, konpem diorang terkejut sebab ada orang lain yang boleh bina lego-lego lagi hebat dari diorang. Si Haziq suka main lego. Kat rumah dia adalah dua tiga ketul lego. So dia retilah buat robot dengan lego. Bila aku tanya mana tangan, kaki, mata, kepala semua dia tunjuk. Kira robot yang sempurna walaupun sebenarnya tak nampak rupa robot pun. Kahkahkahkah. 


Sebab seterusnya aku nak naik benda alah ni. Benda ni memang wajib naik. Walaupun aku ni jenis yang penakut, aku akan cuba beranikan diri. Pernah naik benda ni dulu tapi kat tempat lain. Masa naik tu punya laaa aku senyap jek sebab terlalu takut. Mengucap panjang sebab takut laa nanti tercabut ke apa ke, arwah terus aku kat situ weh. Kalau naik roller coaster lagi laaa macam nak tercabut jantung aku. Aku rasa jantung aku duk tertinggal kat atas tu weh. Perasaan masa tu ya ampunnn orang-orang yang penakut nak arwah macam aku je yang tahu kekecutan perut ketika itu.


Ada sebab lagi ni. Satu lagi sebab adalah kerana aku ni suka pergi jalan-jalan. Dan aku lagi suka pergi ke tempat-tempat yang macam ni. Yang menarik, lain dari yang lain, hebat dan menakjubkan. Bukan semua tempat ada benda ni kan, so nanti kalau ada yang bercerita kita boleh lah explain tempat ni macamana kan. Hehehe. Tak sabar nak tengok lego orang putih punya castle tu. Macam sangat menarik. Pastu nak main-main air. Mai sini seolah-olah kita dah pergi banyak destinasi dalam satu tempat. Ada Masjid Putra, ada sphinx, ada KLCC, menara-menara lain, istana dah banyak lagi hoiiii... Terujanya saya!!!!

Hari tu kawan aku pergi legoland. Mati-mati aku ingat dia duk kat KLCC. Serius. Memang sejibik nampak macam betul-betul KLCC. Hebat gila imaginasi orang yang bina lego ni. Memang tabik 982931921 kali lah. 


Saya jeles kat korang sebab berpeluang dapat pegi sini free jek. T.T . Thanks osman sebab bagi gambar. Sila ke blog beliau http://manyusoef.blogspot.com/ 



Disebabkan binaan lego yang diorang buat ni terlalu real, aku tertukar mana satu lego, mana satu yang betul-betul. Hihihihihi.. Hai Nazri.

Kepada sesiapa yang nak join contest ni, korang boleh ke Maybank2u . Tempoh contest bermula dari 11 September - 30 September 2012. Hadiah cukup lumayan.



6 comments:

  1. ohhhh nusajaya, sgt dekat dgn umah mertua den...huhu

    ReplyDelete
  2. caption gambar last terbaik . HAHAHAHAHAHA !! jahat Que kannn :P

    ReplyDelete
  3. hehe..cute la.. last pic lagi cute.

    good luc!

    ReplyDelete
  4. fuyohhhh.. best seyhhh.. nak pegi gakkk.. nak dapat tiket free gak.. eh?

    ReplyDelete
  5. bestnya kalau dpt pergi Legoland =)

    www.anastasyea.com

    ReplyDelete
  6. memang plan nak pergi hujung tahunini!!!

    ReplyDelete