Friday, 7 September 2012

TIGA (3) tips dan teknik anda untuk menawan hati si dia.



Contest nuffnang yang bertajuk: TIGA (3) tips dan teknik anda untuk menawan hati si dia. (untuk maklumat lanjut sila klik sini)


Tips yang pertama ni sangat penting tau. Sentiasa ucapkan kata-kata semangat yang berhikmah dan positif untuk si dia. Kalau dia down, naikkan balik semangat dia. Jangan sesekali tinggalkan dia masa dia jatuh. Jangan sesekali buat dia bertambah tak ada semangat. Kalau dia buat salah, nasihatkan dia. Kalau dia buat sesuatu yang istimewa dan berkorban untuk kita, ucaplah terima kasih dan pujilah dia. Contohnya kalau dia masakkan makanan kegemaran kita, kalau tak menepati citarasa sekalipun janganlah cakap tak sedap. Tapi puji masakan dia. Jangan compare-kan dia dengan sesiapa kerana dia hanya seorang di dunia. Dia tiada dua.


Tips yang kedua ni pun penting jugak untuk tawan hati dia. Pompuan ni sebenarnya banyak wishlists dia tau. Kadang-kadang berderet-deret tak habis nak tulis. Bagi satu rim kertas A4 pun belum tentu cukup untuk diorang catit wishlists diorang tu. So, apa salahnya kalau spend duit sikit untuk jadikan impian diorang tu jadi kenyataan. Kalau benda tu mahal sangat, pandai-pandai lah korang tolak wang hantaran nanti. Contohnya diorang nak sangat henfon yang cecanggih tu, hadiahkan kat diorang, lepas tu letak kad ucapan kat situ, dengan ucapan “tolak duit hantaran yerr. Hiksss…” Hahahha..


Yang ketiga ni pun sangat-sangat penting. Romantik. Sebenarnya romantik ni bergantung kepada individu itu sendiri. Lain orang, lain caranya. Asalkan dapat buat perempuan tu bahagia tersenyum gembira itu dah romantik tau. Sebagai contoh, kita tujukan lagu kat dia dengan ucapan yang puitis dan bermakna hasil dari nukilan kita sendiri. Kadang-kadang romantik tu juga bila korang sendiri yang nyanyikan lagu tu kat dia. Ataupun ajak dia tengok wayang cerita romantik seperti filem Titanic (hari tu). Korang boleh gak masakkan dia makanan kegemaran. Lelaki kalau masak lagi hebat dari perempuan tau. Korang boleh gak buatkan dia satu buku kisah korang berdua. Bukukan, pastu bagi dia baca… Fuhhhh… terbaik.. Yang penting kita tak boleh judge seseorang tu tak romantik sebab mungkin romantik dia dengan cara yang berbeza dan kita. Tak semestinya bagi bunga tu je yang romantik.  Tulis entri kat blog untuk si dia pon romantik jugak tau.


4 comments:

  1. hahahaha since when jadi dr love ni :D
    nnt jgn lupa buat dekat ur gf or future gf or future wife ok

    ReplyDelete
  2. wish u luck.. i pun dah join jugak tapi versi tawan hati lelaki :)

    ReplyDelete