Sunday, 9 September 2012

The Power of Miskin!



Rezeki. Sape yang tak nak murah rezeki? Selalunya kita tak pernah nampak rezeki kita. Ramai yang anggap rezeki tu bila poket ketat dengan not RM50 dan RM100. Ya. Aku mengaku. Aku pun kadang-kadang fikir benda yang sama. Kita jadi resah bila kita tak ada duit. Kita rasa resah bila keluar makan dengan kawan-kawan tapi tak pernah belanja dia. Sedangkan dia selalu belanja kita. Kita takut berhutang dengan kawan-kawan. Kita takut bila masukkan kad ATM dalam bank, duit kita tak sampai tiga angka. Kita takut nak call kat kampung nak mintak dari ayah dan bonda. Bila fikir pasal duit, kita jadi stress. Pasal duit, mata kita jadi kabur. Kita mudah untuk tersungkur.


Aku selalu terfikir. Adakah bila kita mengalami situasi ini, kita tergolong dari hamba duit?


Aku sentiasa berserah kepada-Nya. Rezeki bukan dari siapa-siapa kecuali dari Dia yang Maha Esa. Aku dapat rasa, bila aku terlalu bergantung kepada duit, aku mulai resah. Tapi bila 2-3 saat aku betul-betul berserah dan merintih kepada Allah, secara tiba-tiba Allah mengilhamkan aku jalan penyelesaian kepada masalah masalah yang menyerabutkan kepala. Allahu Akbar!!! Oleh itu jangan sekali-kali menidakkan bahawa rezeki itu datang dari Allah. Berdoa dan merintihlah, Allah maha mendengar. :")


Lantas aku memeluk buku ‘The POWER Of MISKIN!’ karya Rahmat H.M. & Fahrizal Al-Boncelli yang dibeli di Popular, Mahkota Parade, Melaka sebelas hari lalu. Sejujurnya buku ini masih belum dibaca.

Helaian pertama mulai diselak.....


p/s: orang yang ada duit tak akan dapat rasa perasaan orang yang tak ada duit sehingga diri dia sendiri tak ada duit.

2 comments:

  1. Tak der duit...semua kerja tergendala...hehehe

    ReplyDelete
  2. bukan keja yg bagi duit ,
    bukan duit yang bgi makan ,
    bukan makan yg bagi yg bagi hidup .


    x makan pun mati.
    makan pun mati .

    yg bagi hidup Allah.
    yg bagi mati Allah.

    semua dengan khudrat Allah.

    duit x leh bgi manfaat dan mudharat.
    yg bagi manfaat mudharat Allah.

    yg bagi rezeki pun Allah.
    semua dtg dari Allah.

    :D

    ReplyDelete