Friday, 7 September 2012

Kumon


Next week dah nak start kuliah. Aku rasa sem ni nak ambik satu subjek je dulu. Sebab kemungkinan besar sem depan aku nak kerja. Dah buat akaun dekat Jobstreet. So memang tiap-tiap minggu akan ada offer kerja yang akan masuk email dari jobstreet. Kerja yang sesuai dengan apa yang aku mintak je lah yang masuk. Lepas dia shortlist kan kerja yang sesuai kat aku, baru aku buat pilihan nak apply yang mana. So, minggu lepas aku try lah apply jadi marker assistant part time dekat Kumon Learning Centre dekat Taman Prima Saujana Kajang. Waktu kerja Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat dari pukul 5 petang - 10 malam.



Tadi ada orang dari Kumon tu call aku. Interview sket-sket. Pastu esok nak jumpa pukul 10 pagi sebab dia nak tengok aku dan cakap-cakap dengan aku. Aku ok je. Lepas solat Jumaat tadi, aku ngan Iskandar pergi survey tempat. Guna GPS tau! Dua-dua lembap kalau bab-bab jalan ni. Sesat jugak tadi. *Ikut GPS pun sesat, kalau takde GPS bayangkan sendiri*

Razik pun ada call bagi direction. Memang dia dah fasih kat tempat tu. Aku ni pening-pening gak. Yang aku ingat dia cakap jumpa Giant, Carrefour, Stadium Kajang. Pastu aku terus pitam sebab dah tak tahu gps dalam kepala otak aku ni tertumpu kat mana.

Lepas dah jumpa Kumon tu, excited kemain lagi. Tapi masalahnya aku tak ingat pun camne nak ke sana sebab dalam perjalanan ke sana tu dah banyak kali sesat. So tak tahu nak setting peta dalam otak ni camne. Then terus lupa macamana nak ke sana. Mencik!!!!

So esok ni nak redah ke mana???

Jap nak cuba ingat balik!!!

Dari UPM, 
masuk highway apa ntah tu, 
pastu straight je, 
jumpa billboard air syabas yang nala punya besaq gila tu, 
exit, 
belok kanan, 
belok kanan lagi, 
straight, 
belok kanan sekali lagi (kot), 
pastu dah tak ingat. 


TT__TT


notakaki: Doakan aku dapat kerja kat situ eh.


3 comments:

  1. GPS - Guna Pasti Sesat...ngee~
    moga dipermudahkan urusan pada hari esok...

    ReplyDelete
  2. Haha,dekat je ngan rumah Kumon tu :D.
    Semoga dapat kerja :)

    ReplyDelete
  3. All the best! Dapat gaji boleh belanja. Wkwkwkwk

    ReplyDelete