Sunday, 23 September 2012

Coretan Perpisahan


Sedang aku membelek-belek dokumen word yang berada di dalam folder, aku tertarik dengan file yang bernama Blog Note. Lantas aku halakan panah mouse ke arah file itu. File dipaparkan. Aku tersenyum. "Ohh, diari pada zaman 2010". Aku baca satu persatu ayat yang pernah aku taip semasa di kampung. Penulisanku pada ketika itu lebih baik dari sekarang (kot). Lalu, aku tertarik pada jurnal yang bertarikh:


23/6/2010

Sambil mendengar lagu Melawan Kesepian nyanyian Dato’ Siti Nurhaliza, aku coretkan sebuah kisah bingkisan monolog dari hati kecilku. Sama-sama kita doakan agar hidup kita bahagia dan doa serta usaha yang kita lakukan tidak sia-sia dan diterima oleh-Nya. Amin.

“Masalah bertambah rumit. Belum lagi selesai. Aku bagaikan bermimpi di siang hari dan juga di malam hari. Aku berusaha untuk menjernihkan keadaan. Aku bertahan seteguh-teguhnya. Aku berada di pihak kerajaan dan juga pembangkang. Bila berhadapan dengan pihak kerajaan, aku jadi pembangkang. Bila berhadapan di pihak pembangkang, aku menjadi pihak kerajaan. Aku bukan bermaksud untuk menjadi pemberontak, tapi aku hanya mahu isu ini selesai dan aku mahu semua orang mendapat maklumat yang tepat, mendapat idea yang betul, supaya pemikiran tidak terkongkong dan terarah kepada satu cabang sahaja. Aku bagaikan berada di kedua-dua belah pihak. Niatku hanya untuk mengamankan kembali kucar kacir yang sedang berlaku dalam jiwa ini. Aku harapkan ada jua insan yang sanggup berjuang di jalanku. Aku tidak sanggup lagi berhadapan dengan semua ini. Aku mahukan gelak ketawa yang dulu. Gelak ketawa ketika berkumpul dan berborak. Semua ada cerita masing-masing.

Aku rindukan saat itu. Aku berharap kenangan itu akan terukir kembali.

Aku masih ingat detik perpisahan kami. Kami  menangis. Saat itu aku kaku. Dia lapkan air mata di pipiku. Saat dia mahu melangkah pergi, tangannya dipipiku. Dia mencium kedua-dua belah pipiku dan juga di dahiku. Air mataku mengalir deras. Aku menangis seharian. Mengapa dia memilih untuk berbuat demikian? Aku masih bingung!! Aku merasakan ia adalah satu kegagalan dalam hidupku.

Malam tadi aku bermimpi. Aku bermimpi seorang anak perempuan datang berjumpa ibunya. Lalu ibunya bersiap-siap untuk bersama anaknya. Mereka bersembang sambil tersenyum dan tergelak-gelak bagaikan dalam kebahagiaan. Mimpi ini seakan-akan satu misi yang harus aku selesaikan."

Alhamdulillah, sekarang 2012, semuanya kembali jernih. =)

2 comments:

  1. aku belum tulis diari dalam pc lg masa tu

    pakai buku diari je, kini dah buang, sbb penah kantoi ngn family

    demn!

    ReplyDelete
  2. Dulu pakai diari gak...tulis pakai buku..hehehe

    ReplyDelete