Friday, 14 September 2012

Agenda


Assalamualaikum warohmatullahi wabarkaatuh.

Sekarang ni memang super duper busy sampai nak tidur pun tak sempat. Curi-curi tidur dalam kete je. Makan pun kadang-kadang terlupa sebab banyak benda nak kena settlekan minggu ni. Untuk makluman korang semua, aku dah diterima untuk kerja part time dekat Kumon learning centre tu. Dalam minggu ni aku try je pergi kerja kat sana. Tapi banyak perkara yang menghalang untuk aku meneruskan kerja di situ. Faktor utama adalah masa. 5 petang sampai 10 malam tu macam lama sangatlah. Tempatnya pun takdelah dekat sangat. Jauh sangat pun tak jugak. Kalau benda ni dua minggu sekali mungkin boleh teruskan. Tapi kena kerja 4 hari seminggu. Aiyoyoyo.. Penat. Dah 4 hari aku dinner ngan maggi je. :(  Nasib baik ada kimchi :)


Lepas tu satu lagi faktor adalah disebabkan banyak aktiviti aku terbatas. Contohnya seminar-seminar, forum, conference, dan yang paling terbaru aku kena jadi fasilitator/tenaga pengajar untuk budak-budak sekolah dari kumpulan permata apa ntah anjuran kementerian. Supervisor aku yang bagi job ni. Tiga minggu pulak tu.   So sekarang ni aku nak cari kerja tuisyen je. Seminggu sekali pun dah OK. Dapat RM150 sebulan pun dah bersyukur sangat-sangat.  Dapat isi minyak kete ngan top-up kredit untuk BIS pun dah ok dah.

Berikut adalah agenda-agenda aku untuk bulan ini dan bulan depan *kemain siap bagi schedule*






2 comments:

  1. banyaknya aktiviti...ni keje sampai pengsan namanya nih..huhu

    ReplyDelete