Tuesday, 7 August 2012

Tercicir


Masa, Ruang dan Gerakan.

Masa dah nak siap.
Tinggal satu point je lagi nak masuk.
Hari ni insyaAllah complete chapter masa aku.

Ruang dan gerakan belum wujud.
Secara tak formalnya dah wujud.
Cuma belum diekstrak ke dalam penulisan.

2,3 menjak ni mimpi aku dah semakin pelik.
Otak aku dah senget baca buku Stephen Hawking ni.
Dah la susah nak faham secara menyeluruh.
Siap terbawak-bawak dalam mimpi jumpa dia.
Sangat scary.

2,3 hari lepas pulak tidur tak hengat dunia.
Sebelum ni kalau tidur mesti tersedar dalam pukul 3.45am.
So, terus bangun untuk sahur. (awal gila sahur)
Sekarang ni dah tak ada moment tersedar dari lena.
Mujur ada kengkawan yang sudi misscall, bbm, sms.
Bonda pun kerap kali jugak call.
Call sahur, call solat Subuh, call tanya berbuka dengan apa.
Call tanya ada duit ke tak, call tanya baju raya dah beli belum.


Belum beli lagi. TT____TT


Tapi tak risau pun tak ada baju raya.
Raya tahun ni aku sangat ternanti-nanti.
Rindu nak jumpa parents dan adik beradik yang lain.
Rasa macam tahun ni dah besar.
(Habis, tahun lepas kecik ke?)
Harap Syawal pada tahun ni akan lebih bermakna.


Walaupun tahun ni masih ada yang tercicir.
Tapi aku doakan yang terbaik untuk beliau.
Semoga diberi hidayah, dah dibuka hatinya.
Untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah.




No comments:

Post a Comment