Thursday, 9 August 2012

Pencarian Kelabu Bahagian Satu


Pengajaran: "Tak semua yang kita cari kita akan dapat. Tapi apa yang kita dapat tu sememangnya perkara yang terbaik untuk diri kita."

Kisah bermula dari sebuah tweet pertanyaan (berunsurkan meraih simpati) dari gua kepada teman di laman twitter. 


*gedik betul dalam twitter bersaya awak, bila jumpa aku ko je.*


Semasa pertanyaan ini dilontarkan ketebalan muka gua hampir mencecah 5 kaki 10 inci. Sememangnya gua adalah seorang yang mempunyai sifat "segan" yang amat menebal. Namun demi kelabu, tetap gua gagahkan jua untuk mengutarakan pertanyaan itu. Tambahan pula, gua tidak begitu mahir untuk mencari lubuk-lubuk geng seangkatan kelabu di bandar metropolitan ini. Teman gua ini sememangnya mahir tentang selok belok di bandar ini memandangkan di sini adalah tempat beliau dilahirkan dan dibesarkan.

"Kita nak gi mana dulu ni Wan?", Soalan cepumas yang sentiasa member gua tanya. "Mana-mana pun ok Zik!", jawapan klise bila gua berhadapan dengan soalan ini.

SitiMyvia (nama kereta member gua) menuju ke Metro Point Complex, Kajang. Kelibat kelabu masih belum ku lihat. Hambar. Gua jumpa seluar. Bukan kelabu. Tapi hitam. Alaaa tak apa, nanti warna seluar ni tak nampak sebab berada di dalam (bukan seluar dalam tau). Member gua beli kopiah.

Kami ke PKNS, Bangi. Tiada yang berkenan di hati. Ada yang terpaksa dimasukkan ke dalam senarai KIV. Kemudian kami ke WARTA. Banyak pilihan. Tapi tiada rezeki gua. Tak ada saiz gua. Tak ada warna kelabu. Tak ada cekak di tangan. Butang tersorok pula. Ya, gua sangat cerewet. Tapi hati gua happy. Kenapa? Sebab kopiah hitam bersulam gold idaman gua akhirnya berada di gengaman.

Jam 2 petang, SitiMyvia menuju ke LRT Bandar Tasik Selatan. Pencarian kelabu masih diteruskan. Tapi ke manakah destinasi yang seterusnya? Nantikan entri Pencarian Kelabu bahagian dua. :)

*Mengadanya entri gua kali ni. pftttt....*


No comments:

Post a Comment