Sunday, 12 August 2012

Pencarian Kelabu Bahagian Dua


Pengajaran: "Tak semua yang kita cari kita akan dapat. Tapi apa yang kita dapat tu sememangnya perkara yang terbaik untuk diri kita."


Sebelum meneruskan entri ini, eloklah baca dulu entri episod lepas. 



...Sampai je kitorang kat Terminal Bersepadu Selatan, kami bergegas ke rapidkl LRT Bandar Tasik Selatan. Beli token ke Bandaraya. Sampai je di stesen perhentian, kami terus ke Wisma Yakin. Memang keyakinan aku tinggi bila berada di wisma ni. Bermula dari kedai yang pertama hingga kedai yang paling hujung, ada je yang tak kena pasal kelabu ni. Ada yang terlampau labuh, terlampau senteng, lepas tu tak ada saiz untuk badan aku pulak. 


Peniaga: Warna kelabu semua dah habis. Memang tahun ni ramai yang beli kelabu.
Aku: Saya dah agak dah. Benda yang saya suka memang ramai yang suka jugak. *menjawab dengan penuh yakin di Wisma Yakin*



T_______T



Aku takde lah kecewa sangat sebab bagi aku tak beli pun tak apa. Tapi takkan lah tak beli kot. Kesian kat member aku ambik cuti semata-mata nak teman aku, tup-tup aku tak beli pulak. Kalau aku jadi dia pun aku nak lempang si Que ni. Aku pun rasa aku ni cerewet gila. 

So bila dah frust, dan berputus asa dengan pencarian kelabu, hati kecilku mulai terdetik. *ceeewahhhhh* 


"kenapa aku nak sangat cari jubah kelabu ni, sedangkan kopiah dan seluar aku warna hitam?"


Dengan itu aku decide untuk cari jubah hitam pulak. Tak sampai dua minit, saya pun jumpa jubah hitam itu. Bila pi try, kemain si Razik tu cakap aku macam Imam Muda. Siap suruh aku pakai sekali dengan kopiah hitam baru tu. Ceh. Aku pun mulalah fefeeling duk kat padang pasir sambil angin sepoi-sepoi (padahal kat depan tu ada kipas). Hahaha.


Lepas je beli jubah hitam tu, terus aku terfikir, memang aku ditakdirkan untuk beli jubah warna hitam, bukan kelabu. Sebab dari mula lagi aku dah terbeli seluar dan kopiah hitam. Sebelum ni dah rancang nak beli seluar dan kopiah kelabu jugak. Tapi bila pilih-pilih memang aku tertarik nak warna hitam. *rujuk pengajaran di atas*


Bila dah dapat jubah hitam tu, aku punya puas hati sampai kekenyangan weh. Terus tak lapar. Razik pula bila tengok makanan yang orang jual tepi-tepi jalan tu dia mulalah "dapppnyeeee, dapnyeeee", aku pun apa lagi terus respon "Astaghfirullahal'azim, Razik, bulan puasa ni" Kemain aku respon. Ye la, kata Imam Muda. Kekekekke. Gurau je. Hikss.


Kemudian kami ke Sogo. Razik nak cari selipar raya. Dah ada yang berkenan kat hati beliau. Tapi ada halangan pulak. Aku pun was-was. So, tak jadi beli. Selipar lain, hurmmmm designer dia memang tak nak bagi orang lain beli. Buruk yang amat. Terompah kat masjid tu lagi cantik.


Bila dah dekat waktu berbuka, aku pi beli sushi ngan air. Nak pi berbuka kat foodcourt, ya ampunn... aku ingat aku je makhluk yang berfikir nak pi berbuka kat sana, rupanya satu Malaysia berfikiran sama macam aku. So, kami pun pergilah berbuka tepi surau. Idea ni beberapa orang je fikir tahu. Hihihi. 


Sejurus selepas solat Maghrib, kami pun pergilah berjalan-jalan di Jalan TAR. Sambil nak tunggu orang keluar dari Restoran Insaf. Razik cakap Nasi beriyani kat situ best. Sebelum tunggu ada tempat kosong, kitorang lepak kat bangku tepi jalan sambil makan sushi. Sedap baq hang!!!! Nanti nak makan sushi lagi.


Kemudian pi makan nasi beriyani. Pun sedap jugak. Kenyang. Besaq dah perut kami. Ayam madu dia sedap. Lepas makan kami pon balik menaiki LRT. Hewhewhew. 12 jam shopping. Kalah pompuan. Kakakaka. 


Tenkiu banyak-banyak Razik sebab belanja aku bukak puasa. Dah la sebelum tu dia dah belikan aku seluar raya. Terharu rase weh. Aku tanya dia kenapa ko bayarkan seluar tu. Dia cakap dulu dia ada janji ngan aku nak belikan seluar tu. Bila masa entah. *buat-buat lupa* Hahaha. Eh, betul terharu ni. TT__TT


Ni ha kopiah Satu Malaysia aku jumpa kat Mydin. Ada ke orang beli untuk dipakai di hari raya nanti??? =____________=

Feeling sajli turun kat Korea. Razik tanya aku mana wire? Wire mende? Ni bukan headphone. Grrrr...

Tepi Jalan Tar :)

Tengah Jalan Tar :)

Nasi beriyani ayam madu. Best!

Sekian sahaja entri yang berjela-jela. Harap korang baca sampai habis. Jangan tengok gambar je. 

4 comments:

  1. wow pakai jubah ke time raya.great

    ReplyDelete
  2. aku tgk gambr je x bace pun .. akakakaahhhh

    ReplyDelete
  3. kelabu satu mcm tergantung, tak puas baca. kalau dah ada, mintak share ieye? nak serbu beli.

    ReplyDelete