Tuesday, 14 August 2012

Musafir di Aidilfitri


*ceeewahhh tajuk macam duk niuzelen, padahal esok dah nak balik kampung*


Semalam member kita cakap dia nak belanja kita berbuka sebab kita buatkan dia banner untuk publisiti homestay family dia. Dengan tak malunya kita pun menerimalah pelawaan beliau tanpa ada rasa segan. Hewhewhew. Alhamdulillah. Rezeki kot. Almaklumlah, memang di saat-saat genting dah ni. Duit dalam dompet pun tinggal wang kertas kaler biru jek. Sob sob... *nangis tepi keyboard*


TT___TT 


Sekarang dalam otak ni duk fikir nak balik kampung jek. Bila dah sampai kampung dah takyah fikir pasal duit aka bajet untuk beli makanan berbuka dengan makanan sahur. My mom bajet satu hari RM10 untuk berbuka dan sahur. So sebagai anak yang soleh *korang boleh pitam kejap, pastu sambung baca balik yer*, kita iyakan ajer. Tapi bila sampai bazaar, nan hado laa bajet yang sebegitu. Kalau beli nasi kerabu dah RM6.00 lauk ikan dan telur masin pastu air sirap selasih yang dalam plastik besar tu RM2.00 = RM8.00 dah. Tinggal RM2.00 je lagi untuk makanan sahur. Kuih pun kalau RM2.00 tu dapat lima ketul kecik-kecik jek. Tu pun bersyukur kalau makanan sahur tu tak dikerumuni semut yang makin meliar dalam bilik aku tu bila menjelang waktu sahur nanti.


Tapi kan, kadang-kadang kita rasa lawak pulak bila dah dalam kesempitan macam ni. Yelaa, macam jadi memori bila dah kerja nanti dan bila ada anak-anak nanti bolehlah jadi modal nak story-story ngan diorang. 


Hari tu lepas solat terawikh kita pi kedai sebab nak beli air mineral yang dalam botol besar tu untuk mengelakkan tubuh yang sihat ini terhidrat. Tup-tup terpandang air tropicana orange tu dalam peti ais kat kedai tu. Punyalah rasa macam nak minum kat situ jugak air tu sebab dah lama tak minum air oren. Pastu tujuh lapan kali jugak lah duk fikir nak beli ke tak nak beli ke tak. Last-last  tak jadi beli sebab dalam otak duk fikir, daripada beli air orange ni baik kita beli makanan untuk berbuka esok. Minum air mineral lagi best apa. Tapi dalam hati, "mujurlah kita datang sensorang, kalau datang ngan member-member, ya ampunnn malunya ngan diorang :( " 


TT_____TT


Thanks kepada saudara Iskandar Shah sebab sudi menjemput kita untuk berbuka puasa bersama anda. Mula-mula kitorang tak tahu nak berbuka kat mana. Kita suruh dia yang decide nak berbuka kat mana sebab dia yang nak belanja. Kemudian dia booking buffet kat Banquet Hall, UPM tu. Memang terdesak sangat sebab kat Serdang ni susah nak jumpa kedai makan yang best. Tapi bila difikir-fikir balik, kita cakap cancelkan je lah kat situ sebab mahal sangat. Lebih kurang RM45.00 seorang. Alaaa mahalnya, rasa bersalah pulak sebab banner yang kita buat tu takdelah gempak sangat pun. So kita bagi cadangan makan kat Kenny Rogers Mines jek. Beli yang set tu baru RM20.00++ je kot sorang. Kami pi solat Maghrib dulu then baru pi makan memandangkan dah full book. Lagipun tak selesa nak makan sebelum solat. Kitaorang ni kalau dah menyembang lima hari lima malam pun tak habis ceritanya.


Walau sehensem mana pun orang itu, kalau kualiti gambar kureng, gambar tetap tak cantik kan??! Hikss. :p

Sebelum terlupa, nak promote jugak banner yang kita design untuk homestay family Iskandar tu. Sebarang pertanyaan bolehlah tanya beliau kat twitter: 

@ShahScander



p/s: Sebelum ni Zul banyak tolong kita bagi barang-barang keperluan, pastu tolong kemas-kemas bilik. Razik pulak belikan kita seluar raya, teman shopping sehari suntuk pastu belanja berbuka. Is pulak belanja berbuka, tolong kita pindah bilik, then selalu teman kita pi sana sini. Kita jek tak pernah bagi apa-apa kat diorang. Bagi kesusahan jek. Maaf korang.


TT_____TT


*nangis sampai malam raya*

5 comments:

  1. kihkihkih.. giler sadis citer nie..

    ada rezeki lebih nanti, belanja r dorg yer..

    ReplyDelete
  2. perghh aku pon tak tahan tengok twister.hehehe tapi nasib baik la ko amik mineral.jimat

    ReplyDelete
  3. alololo..apsal sedih sangat ni.huhu

    ReplyDelete