Thursday, 30 August 2012

Logik Akal



Blog. 


Terasa blog ini kosong. Hambar.
Terlalu banyak ceritera yang aku ingin kongsikan. 
Tapi setelah ditapis dan dibuat saringan, tiada satu pun yang sesuai. 
Biarkan ku simpan menjadi pedoman dalam kehidupan. 
Bukan kedekut, tapi bagi menjaga perasaan dan juga keaiban. 
Orang sekarang lebih suka menjaja cerita orang dari berbuat kebaikan. 
Ada yang lagi keji, mencari rezeki dengan memfitnah dan menjatuhkan orang. 


Kesian. 

Bagi aku, orang itu fikirannya amat pendek dan sempit. 
Pemikirannya berlandaskan logik akal semata.
Sepatutnya berpaksikan al-Quran dan Sunnah. 
Orang yang memandu kehidupannya berlandaskan logik akal ni berketuakan syaitan.
Kerana pada logik akal syaitan, api lagi mulia dari tanah.
Sebab itu, mereka sanggup melawan perintah.


Kita ada Al-Quran.
Kita ada Hadith.
Kita ada Ijma' Ulama'
Kita ada Qias.

Kemana kita campak semua ni??


0.1_peringatan_untuk_diri_sendiri

2 comments:

  1. bkn semua mampu berfikiran rasional bila amarah jadi keutamaan.. bersyukur sebab masih mampu bertenang.. :)

    selamat hari raya..

    ReplyDelete