Sunday, 29 July 2012

Tayar Pecah


Assalamualaikum. 

Akhirnya rumet aku tak lagi jadi rumet aku. Dia dah angkut barang-barang dia dan blah balik rumah. Bilik aku dah aman damai sekarang. 

Tapi ada pulak beberapa problem bilik ni. Tombol pintu pulak rosak. Kunci dari dalam je boleh. Tak boleh nak bukak dengan anak kunci dari luar. Nasib baik ada dua tempat kunci.

Lampu siling pulak rosak. Kelip-kelip tak mau menerangi kegelapan bilik ini. Haishhhh.. Terpaksa guna lampu meja je. Macam dalam gua dah. Berbuka pon malap-malap je.

Air kat tandas pun slow yang amat. Nak mandi macam romantik je sebab air slow sangat. Tu baru mandi. Habis kalau melabur plak camne tu??  Hahaha.

Petang tadi pukul 6.00 petang pergi bazaar Ramadhan kat Sri Serdang. Nak pergi lambat sebab tak mau serabut dengan orang ramai. Pastu parking kete jauh sket. Terlintas kat hati nak check tayar. Bila tengok, ya Allah.. tayar depan dah pecah. 



(TT___TT")



Tak tahu dah lama pecah ke baru lagi. Lepas beli makanan, aku terus pergi workshop. Mujur Zul ada. Dia tahu tempat yang murah. Pergi sana, terus tukar tayar. Tukar tayar yang second hand je. Tak beli yang baru pun. Kalau beli baru, kena beli dua terus. Nanti beli satu, yang sebelah lagi bunga dah tak berapa nak ada. Rim pon dia cakap dah bengkok. Tapi aku cakap taknak tukar lagi. Then dia pun adjust-adjust sket nak suruh balance.

Alhamdulillah, semua ok.


p/s: Berbuka tadi makan nasi dengan ikan je. Nasi aku kering kontang sebab tak beli kuah. Kepala dah pening duk fikir pasal tayar tu sampai dah tak lalu nak makan masa berbuka.


4 comments:

  1. alahai siannya, susahnya jd student nih, sumer kena bajet baik punyer...

    ReplyDelete
  2. alahai..sabar la ye..dugaan semua ni.lama2 biasalah tu

    ReplyDelete
  3. Biasslah dugaan bulsn posa....hehehe

    ReplyDelete
  4. nanti dpt duit raya, bole tuka dua2 tayar..


    tp ko dah tua..dpt lg ke duit raya..?

    ReplyDelete