Monday, 23 July 2012

Tak tau nak letak tajuk apa. Kalau tajuk "Saya Demam" sweet tak?


Assalamualaikum wbt. Allahu Akbar. Sweet tak tajuk entri ni?? *Lempang 2 kali* Kali ni update blog versi demam. Bulan puasa tahun lepas pun aku demam agak teruk jugak sampai langsung takleh nak bangun. Tapi tetap puasa. Berbuka pun tak makan apa-apa. Demam kali ni belum sampai tahap tak dapat nak bangun, tapi memang sangat-sangat tak larat. Mungkin sebab terpaksa kot. Tapi bila demam je memang ungkapan "takyah duk layankan sangat demam tu" sentiasa meniti di bibirlah. (ceeeewahhhh...)

Nasib baik si Zulkhair ada. Makanan sahur dia yang siapkan. Dia tolong masakkan nasi, gorengkan ikan bilis besar untuk aku. Sup daging kitorang panaskan je yang beli dari bazaar Ramadhan semalam. Lepas tu panaskan sambal ikan bilis yang akak aku bagi semalam. Punyalah tak larat, sampai tidur pun tak lena. Asyik terjaga je. Pukul 1 terjaga, pukul 2 pun, 3, 4, lepas tu terus bangun untuk sahur. Dalam tak larat ni nasik tetap tambah ni sebab ikan bilis tu sedap okehh..

Kalau korang demam, apa yang korang buat? Selain dari makan ubat dan beristghfar. Pernah tak korang bersyukur bila demam/sakit? Satu bersyukur sebab selama ini telah dikurniakan kesihatan. Satu lagi bersyukur sebab dikurniakan kesakitan. Tahu tak pada zaman Rasulullah SWT, ada seorang sahabat (maaf, saya lupa nama) amat sedih bila dirinya sihat dan tak diberikan kesakitan. Beliau sedih sebab beliau takut Allah telah melupakannya. Sebab bila kita diberikan kesakitan ni, antara sebabnya adalah Allah nak berikan kita ujian ataupun balasan kepada diri kita. Oleh itu kita kena bersyukur bila diberikan kesakitan sebab Allah sebenarnya mengingati kita. 

Ujian diberikan kepada hambaNya adalah untuk meningkatkan ketaqwaan manakala balasan diberikan adalah disebabkan salah laku yang kita dah buat dan Allah turunkan bala kepada kita supaya kita dapat muhasabahkan diri kita, bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Bukan semua kesakitan yang kita alami tu adalah ujian tau. Adakalanya itu adalah balasan kepada kita. Oleh itu, marilah kita sentiasa muhasabah diri kita. Kadangkala kita rasa tindakan kita tu semuanya betul tapi sebenarnya tak. Kalau betul sekalipun janganlah kita herdik kepada orang lain. Jaga pergaulan dan hubungan kita dengan mak ayah, kawan-kawan dan juga pendidik. (Nasihat kepada diri sendiri). Ok dah habis kuliah subuh. Hehehehe..

Sekarang ni aku rasa macam bernafas dalam api. Bila mata tutup pun panas. Satu badan panas. Sama sepertimana ada hadis daripada Umar RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka, jadi sejukkanlah ia dengan air". [Riwayat Muslim] 

1 comment: