Wednesday, 18 July 2012

Selamat Membaca dan Selamat Berpuasa


Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca blog WAMOZUWAHA sekalian (kalau masih ada pembaca, tapi aku rasa aku sorang ja baca blog ni. Hahahha). Nasib baik belum mencecah sebulan aku tak update blog. Kalau tak memang bye-bye lah kat blog ni. Ini pon aku update sebab bosan + mengantuk duk kat library UPM ni.  Bila baca buku je mengantuk. Baca buku je mengantuk. So kalau nak mengantuk aku akan baca buku (ini serius).

Kebelakangan ni memang busy gila hoi. Sape cakap budak master semester pertama tak busy? Banyak masa free?? Research belom start lagi?? Dalam proses nak cari tajuk?? Itu semua bohong. Depends la kat supervisor korang dan kat diri korang sendiri. Aku memang dah ada tajuk kajian. Minggu kedua lagi dah decide nak buat pasal apa. Setiap minggu memang kena mengadap supervisor. Kena tunjuk progress. Kena pergi sana, pergi sini. Seminar sana, seminar sini. Letih jugak, tapi best. Dalam semester ni aku rasa dah berlambak seminar yang aku attend. 

Aku pun sekarang dah makin minat membaca. Kalau dulu memang payah la nak belek buku yang ada huruf-huruf ABC ni. Novel pun tak tersentuh. Apatah lagi nak membelek. Kalau baca pon blog sendiri dengan tweet-tweet kengkawan. Itu pun kalau ada masa nak stalk. Hahaha. 

Sekarang aku dalam proses nak tulis paper. Paper hari tu pun belum siap edit lagi. Dah kena buat paper lain. InsyaAllah lepas siap paper ni, aku bakal present plak kat Pulau Jerejak, Penang anjuran USM. Kena submit full paper 15 Ogos 2012. 15 Ogos 2012 jugak aku akan bertolak balik ke kampung halaman. Baju raya belom beli lagi.. Takde baju raya kot tahun ni. Hewhewhew...

Kepada semua kawan-kawan dan pengunjung blog yang jarang update ini, saya nak mohon ampun dan maaf kalau ada keterlanjuran dalam penulisan ataupun kata-kata dan aku nak ucapkan Selamat Berpuasa. Semoga Ramadhan kali ini membawa rahmat kepada kita semua. Amin.


Buku je banyak. Baca nan hadooo.. hahaha. 

7 comments:

  1. moga berjaya dan dipermudahkan semua urusan...

    Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya buat wawan...

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa and gud luck for your research :)

    ReplyDelete
  3. full time ke part time ni? Rasa cam takut pulak nak ambik master. Baru bercadang nak isi borang..

    ReplyDelete
  4. Hi... Amik master by research ek kat usm... Nak tanya... Brp lama ya selalunya pihak ips amik masa utk proses permohonan by research?

    ReplyDelete
  5. Hi... Amik master by research ek kat usm... Nak tanya... Brp lama ya selalunya pihak ips amik masa utk proses permohonan by research?

    ReplyDelete
  6. Amik master by research ke? Selalunya ips amik masa brp lama utk proses permohonan kita ya? Btl ke kena tggu smpai 3 bulan...lama tu...

    ReplyDelete