Tuesday, 24 July 2012

Nurse Tarik Underwear Aku!!!


Alhamdulillah, tadi sampai jugak hajat aku nak Solat Tarawikh kat Masjid Besi Putrajaya.
Dah lama plan dengan Razik nak solat kat sini sebab masjid ni memang lawa.
Yang uniknya masjid ni tak ada dinding dan ada kolam kat sekeliling masjid.
Tapi kesian kat Zul sebab selipar jepun dia kena curi. 
Masuk kali ni dah 4-5 kali kot selipar dia kena curi di masjid yang berlainan.

Pastu balik dari Masjid Besi, aku ajak Razik makan kat bilik.
Aku masak makanan fevret aku iaitu, Maggie Kimchi.
Kali ni special sebab letak telur. Hahahaha..
Si Zul buat air teh panas. Nasib baik maggie kimchi aku laku. Hahaha.

Ok, nak citer pasal pagi tadi plak...
Pagi tadi bangun tidur memang tak larat nak arwah.
Sejuk satu badan, menggigil-gigil lepas mandi.
Lepas Zohor pergi Pusat Kesihatan UPM.
Suhu badan aku 39.2 celcius. Dr cakap tinggi takut denggi.
So, lepas check sana sini, aku kena ambik darah ngan injection.

Mula-mula ambik darah. Jarum besaq gila bak hang.
First time kot ambik-ambik darah ni.
Biasa duk ambik darah yang kat hujung jari ja.
Tak sangka plak kena penuhkan darah satu picagari tu.
Dulu penuhkan satu beg darah tak rasa gerun cam hari ni.

Lepas tu kena inject kat punggung plak.
Dr tu cakap inject kat bahu je, tapi nurse kat dalam tu pi inject kat punggung.
Kena bukak seluar wei... Separuh je laa.. Aku segan-segan nak bukak seluar.
Lepas tu dengan rakusnya dia main bedal je tarik underwear aku.. 
Naseb baik pakai underwear mahal.. (mahal ke?) Grrrrr....



T__T



Kenapa masa inject yang ambik darah tu nurse lelaki, 
tapi inject kat punggung tu nurse pompuan!!! Kenapa??!!! Mencik!!!


T__T




Apa-apa pun saya amat berterima kasih kepada Dr dan pembantunya di bilik nombor 4 tu sebab layanan terhadap saya sangat tip-top. :)


Beberapa jam selepas kena inject. Kat Masjid Besi. :)


Razik sedang baca al-Quran. Tunggu Isyak.

p/s: Zul pi merayau cari ketenangan katanya. Hewhewhew..


5 comments:

  1. ceh, kalau sy pun dah malu... pahal nak amik kat pungggung??? kat tempat lain tak boleh ke??? mmmm... adakah darahnya berbeze?? mushkil...

    ReplyDelete
  2. Hmm nasib baik semua berjalan dengan lancar...dan kesihatan kembali bertamu...

    ReplyDelete
  3. abes laa hang! dicabul ka? ops!! hahahaha

    ReplyDelete
  4. Tergadai teruna kau...hahahhaha

    ReplyDelete
  5. nak resepi meggi kimchi..hantar kat fb...nak try la..kat sini asyik makan nasi + telur goreng jak

    ReplyDelete