Friday, 27 July 2012

Kepasrahan di Bulan Ramadhan


Assalamualaikum w.b.t. Pada hari ini 26 Julai 2012, aku masih bernyawa di UPM. Gila penat wei hari ni berkemas dari tengahari sampai petang tak siap-siap. Baju dalam kotak berkotak-kotak dan yang duk luar kotak pon banyak jugak. Baju-baju ni beranak ke apa. Rasa macam tak banyak, tapi apesal bertimbun? Aku syak sebab baju aku semakin menebal. Lepas tu banyak baju yang dah lama tak pakai tu jadi warna oren. Tak tau kenapa. Kena karat ke apa ah? Aku sekali lagi syak sebab semua baju aku tu murah-murah (memang pon).


(TT___TT)


Petang tu juga aku bersama kawan-kawan angkut barang-barang pergi ke kolej baru. Oh lupa, aku dah pindah ke Kolej Kedua. Sebenarnya aku pergi mintak Kolej Serumpun, namun disebabkan kebiadaban akak (baca: makcik) yang jaga KAUNTER 3 tu kurang ajar macam nak layan tak nak layan sampaikan nak bagi borang kuning untuk permohonan tu pun macam malas. Macamlah dia sorang je puasa. Aku demam-demam dengan jalan huyung hayang pastu hingus meleleh-leleh, still boleh senyum lagi. Aku memang bencilah dengan orang yang tak mesra alam ni. Pleaselah kalau tak dapat nak ramah mesra, duk rumah je, jadi suri rumah, jaga anak, kalau kerja pon buat sakitkan hati orang ramai je. Lepas tu pergi Kolej Pendeta Zaaba (KPZ), Kolej Tun Perak (KTP), Kolej Kelima. Semua tak bagi. Naseb baik staff kat Kolej Kedua layanan dia lima bintang, lagi-lagi pengurus dia. Thanks Pengurusan Kolej Kedua. KPZ pun bagus gak layanan dia.


Aku peliklah dengan UPM ni. Kata RESEARCH UNIVERSITY. Nak banyakkan student post grad, tapi semua kolej kebanyakannya tak nak student post grad. Dahlah bayaran sewa kolej mahal dari undergrad. Mana aci. Nak sewa kolej pun ada sistem kasta. Kenapa mesti tak sama, padahal budak-budak postgrad bukannya ada keistimewaan apa-apa pon dalam kolej tu. Lainlah kalau bilik student postgrad ada aircond, sofa, dapur segala tuh. Alasan staf-staf yang duk jaga kat kaunter tu cakap penuh. PENIPU!!!. Padahal diorang pemalas sebab banyak hal kena settlekan kalau ambik budak postgrad + ganggu masa diorang nak bukak FACEBOOK. Aku rasa macam nak korek-korek je bijik mata diorang. 


Grrrrrrr.... *OK, dah habis marah*


11.00am: Berkemas sorang-sorang bagai orang gila. Zul tido terbongkang kat lantai.

2.00pm: Mandi, Solat, Keluar ke Sri Serdang dengan Zul cari kotak dengan salotep dan Sosej (Nak buat roti sosej)

3.00pm: Sambung mengemas. Lipat baju masuk dalam kotak. Pastu keluarkan balik sebab kotak kecik, pastu masukkan dalam kotak besar pulak. *pitam*

4.00pm: Iskandar datang bilik, tolong kemas dan angkut barang-barang masuk dalam kereta. Mujur ada kereta Iskandar sekali. Tak payah ulang alik.

Masuk je bilik kat bilik nombor XXX Blok Helang, Kolej Kedua tu, ya ampunnnn.. Sarang tikus ke sarang tutttt ni?? Periuk nasik atas katil, tunggang langgang, hanger berterabur, peti sejuk terbukak, beras atas lantai. Macam masuk rumah penagih pon ada. Lalu hati aku berbicara sebab nak sedapkan hati, "mungkin sebab dia dah nak pindah dah hujung bulan ni, so dia sedang berkemas" *mungkin*

Welcome to Helang. Akkkk akkkk.. (macam ni ke bunyi Helang eh???)

pitam 24 jam bila masuk bilik ni.


(_ _|||)


Kotak banyak! Berat! Top floor plak! Bilik pulak macam #$3!xspffhx.. *Sakit otak jap* Balik bilik kat K6 plak, aku ngan Zul tido sampai pukul 6.15pm. Bangun kalut-kalut tak tahu nak berbuka apa. Air masak pon tak ada dalam bilik. Dalam tandas ada la air paip. Nak gi bazaar pon malas gila sebab penat kuasa enampoloh empat. So dengan adanya darah masterchef yang mengalir dalam salur darah kami ni, aku buat maggie kimchi (lagi), zul buat roti sosej (dengan pantauan aku, hewhewhew). Pastu panaskan sardin yang dua hari lepas, dengan ikan goreng yang malam tadi. Sila menanges sekarang.



(TT____TT)



Zul: Sepanjang hayat aku tak pernah bukak puasa ngan Maggie.
Aku: Aku pun. Sekali sekala jadi Korean, apa salahnya *sambil menyuapkan maggi dengan chopstik ke dalam mulut* Nyummmm nyumm..


(Walauapa pun, kami tetap bersyukur. Kenangan ni weiii...)


Sekian.









9 comments:

  1. huhu.. xpe, sekali sekala bukak ngan maggi

    ReplyDelete
  2. mmg setiap bilik ada peti sejuk comel tu ke ? :O

    ReplyDelete
  3. setiap bilik memang ada peti sejuk comel tu ke ? :O

    ReplyDelete
  4. u saya lagi appa pon takde tau tido lah ko atas tikar .peti ais sume x de. papepun ni nanti jd kngan terindah actually.huhu

    ReplyDelete
  5. kesiannya wehhh....bako je K6 tu....
    pelik gilerr punya sistem

    ReplyDelete
  6. hehhhehe, tersingih baca spi abes..taperlah, dah mmg rezeki meggi jek arituh kan

    tp sistem nak dptkan hostel tuh mmg melampo...kalau bukn bulan pose tuh, mmg ada yg dah kena cakap blakang..

    ReplyDelete
  7. bw sendiri ke fridge tu?ke mmg disediakan?untung2..

    ReplyDelete
  8. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    Buatlah hari esok lebih baik dari sekarang !
    di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...

    ReplyDelete
  9. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    Buatlah hari esok lebih baik dari sekarang !
    di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...

    ReplyDelete