Monday, 23 July 2012

Hotak


Pagi tadi lepas update blog, terus jadi bermotivasi.
Menghitung hari 15 Ogos nanti takut tak sempat siap paper.
Buat pengenalan untuk project paper conference kat USM nanti. 
Mujurlah otak tak lembap walaupun demam. 
Idea pagi-pagi ni memang banyak. 
Mencurah-curah, laju sampai tangan tak sempat nak kejar idea..
Cuma aku ni bab nak susun ayat yang macam bangla kepada ayat Melayu ni amat payah sedikit. Hahaha..
Google translate pon boleh jem kalau translate ayat aku. :(

Lepas sahur tak tidur pun. 
Sampai pukul 8 pagi baru paksa mata untuk tidur. 
Nak rest sebab demam macam makin panas. 
Tidur pun tak tenteram. 
Sejuk gila dari hujung tangan sampai hujung kaki. 
Pukul 10 pagi bangun dengan semangat (padahal dah boring tido). 
Bangun terus pergi buang apa yang patut pastu mandi. 
Biasalah aku ni kalau bab masuk jamban je idea lagi mencurah-curah meresap dalam hotak ni.

Tiba-tiba idea habis lesap dek kerana sekor lipas ni berlari-lari dengan laju ke dalam jamban. 
Kuss semangat. Bukan takut tapi taknak lah lipas tu terbunuh nanti. 
Aku apa lagi dengan pantas membuat semburan laju menggunakan getah paip air. 
Nasib baik lipas tu mengaku kalah. 
Dia tak nampak ke manusia sebesar anak gajah duk dalam jamban tu ha?? 
Habis idea aku menulis paper hilang. (TTT________TTT)


2 comments:

  1. Hotak tu kepala hotak ke acane ? :|

    ReplyDelete
  2. Hahahha... So, puasa tak itu persoalannya... Ngehehhe

    ReplyDelete