Saturday, 21 July 2012

1 Ramadhan 1433


Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, kita semua masih diberi kesempatan untuk melalui bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak. Setiap kali Ramadhan semestinya banyak perubahan yang berlaku kepada aku dan begitu juga dengan family, keluarga, dan kawan-kawan semua. Kalau tahun lepas, aku berpuasa di rumah, tapi kali berpuasa berseorangan di kolej. Sebelum ni dah pernah berpuasa di UPM ni, tapi dengan kawan-kawan. Tapi kali ni sensorang. Walaupun sensorang, namun Ramadhan kali ini sangat memberikan 1001 makna. Dah begitu juga aku harapkan kepada orang lain. 

Ramadhan kali ni lebih tenang dari Ramadhan yang sebelumnya. InsyaAllah akan diisikan dengan pengisian yang bermanfaat. Dalam Ramadhan kali ini jugak aku terpaksa menyiapkan kertas kerja untuk dibentangkan di USM. Belum ada tajuk khas. Tapi paper kali ni berkisarkan tentang Hakikat Masa, Ruang dan Gerakan. Syukur Alhamdulillah, Supervisor sangat-sangat membantu dalam memastikan paper aku ni berjalan dengan lancar. Boleh nampak SV aku lebih bersemangat dari aku. Hari Khamis dah jumpa beliau. Jumaat dia call lagi nak jumpa sebab nak bagi buku-buku yang berkaitan dengan research. Apa yang aku boleh katakan, rumah dia adalah perpustakaan. Hahaha.

Aku rasa supervisor aku boleh nampak matlamat aku. Aku bertanya tentang buku-buku terbitan dari seorang pengarang yang terkenal dengan kisah novel yang bercerita tentang tokoh pejuang yang aku pinjam dari library UPM. Hanya mahu pandangan tentang buku ini dari beliau sebagai seorang yang gemar membaca. Dia cakap, buku tu ada part-part yang tokok tambah dan salah. Lalu, pada keesokan harinya, dia call aku nak jumpa. Kemudian dia bagi aku buku karya Khalid Muhammad Khalid. 

Buku itu sebenarya buku anak dia. Anak dia yang baru bersekolah rendah. Lalu aku terfikir, apa yang aku buat masa sekolah rendah aku dulu?? (TT___TT)

Padahal baru baca bab 1. Poyo masa ambik gambar selak kat tengah-tengah.

Pemandangan di Masjid UPM 


3 comments:

  1. selamat menyambut bulan ramdhan yer....hehe ikhlas daripada edyfee
    eheh ok la dpt SV mcm tu.klau yg malas..lg susah

    ReplyDelete
  2. SALAM RAMADHAN! good luck utk paperwork tu! >_< ambik berkat ramadhan ~~~~

    ReplyDelete