Friday, 15 June 2012

Tazkirah Jumaat : Ajal dan Masa


Suatu hari aku dan BFF aku si Zul tu makan malam di Restoran Anjung. Malam tu kami tak gelak-gelak seperti biasa. Kami berdiskusi hal-hal matang dan penting sahaja. Kami berbincang dengan situasi yang serius dan penuh dengan emosi dan motivasi. Kami lebih banyak berbicara tentang keluarga masing-masing. Aku bagi pandangan aku, dia lontarkan idea dia.

Aku kagum dengan Zul. Dia seorang yang rajin dan mendengar kata mak dan ayah dia. Satu kelebihan pada dia sebab mak dan ayah dia memang selalu dengar cakap dia. Ye la.. sebab dia pun memang dah matang dalam buat keputusan. Cuma kadang-kadang je aku rasa si Zul ni lurus bendul.

Aku cakap kat Zul. Mak dan Ayah kita masing-masing dah tua. Walaupun kita tak tahu bila ajal kita akan sampai, seharusnya kita kena sentiasa bersedia sama ada kita, ataupun mak ayah dan juga ahli keluarga. Semakin banyak umur, semakin pendek hayat kita. Kita tahu, mak dan ayah kita dah lama makan asam garam kehidupan berbanding kita. Dah macam-macam pengalaman diaorang dapat. Kita sebagai anak yang hidupnya tak sampai pun tiga empat dekad macam-macam nak ubah dalam kehidupan mak ayah kita. Walaupun perubahan tu bagus, tapi seeloknya kita kena fahami perasaan dia jugak. Lagikan kita yang muda ni cepat tersinggung, inikan lagi yang tua. Lagi dia rasa dirinya tak lagi berguna.

Zul pernah cerita kat aku pasal adik dia. Adik dia cakap kat mak dia macam ni. 
"Mak... mak jangan la suruh kami buat macam-macam. Nanti kitorang cakap 'ahhh' sebab kami tak nak buat, kami jugak yang dapat dosa"
Lawak, tapi ada juga betulnya.

Aku cakap kat Zul, rata-rata ibu bapa kita semua sama. Sikap diorang sama. Kadang-kadang ada sikap mereka yang kita tak dapat terima. Tapi yang pasti, bila mereka dah kembali kepada yang Maha Pencipta, sikap mereka yang menjengkelkan itu lah yang seringkali kita ingat. Memang dah sikap orang tua suka membebel. Bukan mengungkit, tapi bagi diorang untuk dijadikan pengajaran dan pedoman. Itu luahan hati diorang. Kalau bukan anak-anak yang dengar, siapa lagi?? Kalau tak tahan tu, tadah je telinga. Jangan melawan.

Pengorbanan aku kepada ibu bapa aku memang tak banyak. Lagi-lagi aku seorang lelaki yang baru nak matang dan nak kenal kehidupan. Suka memberontak. Tak dengar cakap. Nak itu la, nak ini laa. Semuanya kita nak. Memang riuh. Bila difikirkan balik, banyaknya dosa kita. Kita memang tak tahu sama ada kita, mak dan ayah kita, siapa yang pergi dulu. Tapi yang pasti salah seorang memang dah tak ada banyak masa. 

Kalau aku yang pergi esok hari, ketahuilah pada saat ini aku tidak tahu yang aku bakal dijemput kembali kepadaNya. Aku amat takut jika aku pergi dalam keadaan aku belum bersedia. 

Kepada bakal isteri yang aku tak tahu lagi kat mana dia berada, saya harap awak faham tanggungjawab saya kepada keluarga saya kelak. 

p/s: Semalam aku cakap pada supervisor aku. "Dr., saya dah tahu kenapa orang selalu cakap, 'masanya pasti akan tiba'." Aku jugak cakap kat beliau yang aku tak setuju dengan istilah 'kejar masa'. Kita tak dapat mengejar masa sampai bila-bila. Kita dan masa adalah seiring. Yang membezakan kita semua terhadap masa adalah pengisian.

1 comment:

  1. heehe kuat memberontak..same la..hurmmm
    bgus la kawan ko si zul tu...mst ramai org nak buat menantu.haha

    ReplyDelete