Monday, 18 June 2012

Sungai Gabai #TwtUpGabaiKBai



Assalamualaikum. Sabtu lepas aku pergi Sungai Gabai bersama member-member twitter. Ni event yang ke berapa dah aku join lepas Steamboat Maeps, Jumpa KembaTolo, TwtUpCampus dll (semua event kecik-kecik je aku join). Member-member lain yang join adalah Kak Hanim, Cik Lyla, Cik Yanie, dan Zamir. Dua orang member (TH dan Annah) lagi tak leh join sebab ada benda yang tiba-tiba berlaku so terpaksa cancel. Orang kat sana memang tak payah nak citer lah. Ramai giler. Kami ingat kami je yang pergi sebab masa duk atas jalan tu kami rasa kami je yang drive pergi sana. Jalan ke sana punyalah lengang jek. Tapi bila masuk sana, kereta bersusun-susun. Kami pergi ke air terjun tingkat 10 pon ramai lagi manusia.

Ramai yang bawak family, kengkawan segala. Kebanyakannya buat BBQ. Budak sekolah pun ramai ja. Nampak pesen muka jakun je so aku syak diorang budak sekolah yang bajet hot. Duk main tolak-tolak kat batu lepas tu menggelongsor. Pastu aku tengok, pesen budak sekolah yang couple: lelaki tu tak hensem langsung, pompuan tu cute gila weh, (mesti budak laki tu kaya). Budak dua ekor tu dah macam belangkas. Siap laki tu boleh tidur atas riba pompuan tu lagi. Gila geli aku tengok. Rasa nak baling je batu kat diorang.

Kami pergi bawak bekalan kehidupan. Aku pulak tersiksa nak makan segala tu. Ulcer belum baik lagi. Zamir bawak nasi goreng, mee goreng dan sandwich. Kak Hanim bawak karipap. Yanie bawak nugget dan sosej. Aku bawak air. Lyla pulak bawak aku. Lyla ambik aku kat kolej bawak pergi Bangi, kumpul kat sana. Muahahahaha..

Hari tu jugak ramai gila kot Indian pergi sana. Gua pun dah pening, aku ni duk kat Batu Caves ke apa?. Wakakaka. Aku ngan budak-budak ni duk gossip la. Aku cakap, pasni diorang mesti nak nyanyi dan menari. Diorang tengah cari port yang sesuai la tu. Celah-celah batu, tepi air terjun. Sekali memang diorang nyanyi dan menari wehhhhh… Terkejut aku. Aku memain je cakap. Sekali betul. Rasa macam menonton citer bollywood jap. Dah la hari tu hari Sabtu. Ada panggung sabtu kan kat TV3. Muahahaha…



Menciknyaaa tak reti nak senyum. T___T


Ok. Air cetek gila.


p/s: Thanks Lyla dan Kak Hanim for the transport. Thanks Zamir dan TH for the mee goreng, nasi goreng dan sandwich. Thanks Kak Hanim dan Yanie for da Karipap dan Nugget. Thanks semua.

3 comments:

  1. biasa la tu beauty n the best.kikikiki
    ala budak2 je
    dh bsar nnt elok la tu.hehehe

    syok la leh picnic

    ReplyDelete
  2. Ada jalan dengan budak Twitter..
    sempat skodeng couple nakal..hehehe

    ReplyDelete
  3. apa khabar wan. dah lama tak singgah sini. semoga baik2 saja ok.

    ReplyDelete