Sunday, 24 June 2012

(Korean Drama) Rooftop Prince


Malam tadi aku baru je habiskan episod terakhir drama Rooftop Prince. Aku ambik dengan Zeehan hari Selasa. Hari Khamis start tengok. Sabtu dah habis tengok. Ahad (hari ni) masih lagi teringat-ingat kat cerita ni. Best wooooo...!!! Tapi tak nangis pun. Tapi best. Boleh tak nak cakap drama ni lagi best  dari Secret Garden. Wkwkwkkwkw.. Sebenarnya aku ni susah sikit nak cakap sesebuah drama Korea tu best dan susah nak tengok sampai habis dalam masa yang singkat. Tapi drama ni memang best.



Drama ni mengisahkan seorang Putera Raja pada zaman dinasti (tak tahu dinasti apa) yang kematian isterinya. Dia memang sayang gila kat isteri dia tu. Dia nak siasat kematian isteri dia. Kemudian dia cari tiga orang untuk sama-sama menyiasat kematian tu. Masa dalam penyiasatan tu, mereka telah dijelmakan di dalam abad yang sekarang. Kiranya diorang telah datang ke masa hadapan iaitu 300 tahun dari tahun pada zaman dinasti tu. Masa diorang dijelmakan, diorang muncul kat dalam rumah Bak Ha.

Nak dijadikan cerita, muka Putera Raja tu sama dengan sorang muka mamat ni yang nama Yong Tae Yong. Kiranya Yong Tae Yong dan Putera Raja tu adalah orang yang sama. Yong Tae Yong ni adalah kehidupan yang seterusnya bagi Putera Raja tu. Pada masa Putera Raja tu muncul,  Yong Tae Yong pulak hilang dekat New York. So, semua orang anggap putera raja tu Adalah Yong Tae Yong. Putera Raja tu jugak jumpa jelmaan isteri iaitu Se Na iaitu kakak kepada Bak Ha. Dalam kehidupan pada zaman dinasti tu pun diorang adik beradik.

Sebenarnya penjelmaan Putera Raja tu adalah untuk dia sedar bagaimana perangai isteri dia yang sebenar. Sebab masa di zaman dinasti tu, dia tak tahu isteri dia tu jahat sebenarnya. Dan sepatutnya dia kahwin dengan adik kepada isteri dia, tapi disebabkan isteri dia tu dengki, dia bakar muka adik dia dengan besi panas. Sedih kan... TT____TT

Yang part paling sedih bila Bak Ha terpaksa terpisah dengan Putera Raja sebab putera tu dah kena kembali ke zaman dia. Yang sedihnya diorang telah terpisah selama 300 tahun.  Selebihnya, korang tengok lah sendiri. Jangan risau, happy ending gak sebab Yong Tae Yong yang sebenar tu akhirnya muncul kembali. Dia jumpa Bak Ha. Mula-mula rasa tak syok jugak sebab kenapa dengan Yong Tae Yong bukan dengan putera raja tu?? Sampai kat part last sekali baru paham, Yong Tae Yong tu memang putera raja. Cuma kehidupan pada generasi berbeza. Akhirnya dapat tidur lena. Kbye.




Rating: 9.99/10 *semangat gile aku update pasal drama ni*

8 comments:

  1. memang best drama ni..antara drama paling best 2012 so far..

    http://syuk6692.blogspot.com/2012/05/rooftop-prince-korean-drama.html

    ReplyDelete
  2. hahaha aku sokong. yes, rooftop prince is daebak. power rangers korea. kekeke.

    ReplyDelete
  3. tgk poster mcm kenal pelakon dia . sekali tgk betul laaaa si micky tvxq :D ada brlakon dlm sungkyunkwan scandal ;)

    ReplyDelete
  4. tgk poster mcm kenal pelakon dia . sekali tgk betul laaaa si micky dbsk ! dia ada berlakon dlm sungkyunkwan scandal :D

    ReplyDelete
  5. mmg best gila drama nie ! dh abes tgk jgk !! diorg sweet cpl.suke gila tgk diorg.sweet je ! mmg lg best dr secret garden ! hehe ~

    ReplyDelete
  6. kaki koeran drama gak la ni.haha rooftop boy tu asenye mcm best je citer dia

    ReplyDelete
  7. hakhakhak, akak pon tgk ceta nih, bestttt

    ReplyDelete
  8. waahhh... ecah pun tgok jugak citer nie. Full of gag but ending drama ni agak xsyok lar :')

    ReplyDelete