Thursday, 7 June 2012

Jumpa KembaTolo yang sangat Sopan


Hari Selasa lepas (5 Jun 2012) aku bersama Mijea dan juga si KembaTolo yang terdiri daripada Izuddin (abang) dan Izwan (adik) telah berBBQ di Lata Belatan, Besut. Aku dan Mije dengan semangatnya telah sampai dekat waterfall tu pada pukul 10 pagi. Orang pun tak ramai lagi. Kami pun tunggu la budak dua orang lagi tu. *Semasa proses menunggu tu, aku sempat berak weh kat tandas situ =___= *

Pukul 11 budak dua orang tu tak sampai lagi, aku ngan Mijea pergi cari port. Tak boleh BBQ kat bawah-bawah ni sebab port makcik-makcik je. Kami terus pergi tingkat 7 (konon-konon). Berpeluh weh aku pi naik sana. Tangga ada sekerat je, lepas tu dah kena berpijak di atas bumi yang nyata, dengan batu besar-besar, akar kayu balak segala. Fuhhhh.. mujur tak licin. Dah lah barang banyak dengan arang, ayam, pinggang, mangkuk hayun segala ni.

Akhirnya dengan berkat kesungguhan yang kami ada, kami pun telah sampai di port yang baik punye. Tak ada orang pun kat situ. Sunyi je. Tenang. Tak ada monyet macam kat Sungai Tekala tu. Seram. Tiba-tiba kat port kitorang tu dah ada tempat yang nak membakar ayam. Disebabkan si Kembar tu dalam perjalanan (dan mungkin akan keletihan) so aku decide untuk bakar je ayam tu terus. Diorang sampai je dah boleh makan (padahal kitorang ni memang dah kebulur gila dah).

Macam biasa, kami hidupkan api tu dalam 15 minit. Tu pun mujur ada aku. Kalau harapkan si Mijea tu, alamatnya bakar ayam dengan cahaya matahari je lah (kemain aku weh... tapi memang betol pun muahahahahaah). 

Beberapa puluh minit kemudian, si Kembar tu sampai. Dari jauh lagi si Izwan (kalau tak silap) bagi salam (gila ramah). Aku pulak yang jadi pemalu, padahal perangai sebenar gedik je. Aku memang cover sejak diorang datang sampai habis. Manalah tau nanti dia berkenan nanti boleh jadikan aku adik ipar plak hewhewhew. (matilah kena buli tetiap hari dengan abang ipar)


Ayam ada banyak gila. Memang puas hati lah makan berempat, ayam tiga ekor. Nasib baik ada si kembar tu tolong makan. Nasib baiklah ayam bbq aku tu sedap giler tahap hotel lima bintang tambah lagi sepuluh bintang kat galaksi lain. Muahahahahha.


Kat sini jugak aku nak mintak maaf dengan Mijea sebab paksa jugak dia datang walaupun jauh. Aku pun nak mintak maaf jugak dengan Izuddin dengan Izwan sebab hari tu aku macam "down sikit". Tapi aku memang enjoylah BBQ hari tu sebab ayam tu berjaya dibakar semua. Walaupun ada yang tak habis makan, tapi aku bawak balik kat rumah sikit, dan bagi kat Mijea sikit. Hewhewhew. 


p/s: Si kembar tu memang tolo la weh. Memang sepanjang bersembang dengan diorang memang aku kena sakat je. Muahahhaha...



Nampak yummmy dan ledzat kan... Rasa pun best weh. (masuk bakul angkat sendiri. hewhewhew)


Tengah cari line kat dalam hutan. BBM ngan Judin. Dia sesat ke apa ntah.


Kesian ngan budak Izwan ni. Letih laaa jadi assistant kepada CEO. Dia ni tengah mimpi jumpa Puteri Bunian gamaknya.



Sejuk gila macam air batu kat Korea. Apsal muka aku cam terkejut sebab ada orang ambik gambar masa tengah mandi?? 




 Air cetek gila kat atas. Nak berenang pun dada dah cecah dasar.



Izwan, Izuddin dan aku. Muahahahha.. Tengah makan mangga yang diorang beli.. Apesal gambar aku cam errrrrm (Gemoknya) =__= ... kbai.

8 comments:

  1. wah, best r jumpa kembatolo tuh.huhu

    ReplyDelete
  2. seyes manid kat sini best.
    aku datang sini 5 tahun lepas :D

    ReplyDelete
  3. ada aku je api tu boleh hidup...nak harap kat si Que..asyik main hp je

    ReplyDelete
  4. ada aku je api tu boleh hidup...nak harap kat si Que..asyik main hp je

    ReplyDelete
  5. apsal x cukupkan jer 4 ekor...elok sekor sorg, tgk saper yg cpt hbs mkn:)

    ReplyDelete