Sunday, 10 June 2012

ewwwwwwwwww limapuluh kali ganda kuasa tiga


Alkisahnya bermula selepas adik aku habis exam SPM. Mungkin sebab dia boring duk kat rumah. Kemudian, dia mintak ngan ayah aku nak beli broadband. Aku pun tak tahu bila dia beli broadband tu. Sedar-sedar je, tetiap hari duk post status ayat-ayat jiwang kat fesbuk. Aku baca pon geli-geliman. Lirik lagu katanya. Yang tak tahan tu, ada jugak orang nak mengomen kat bawah tu. 

Alasan dia beli broadband adalah untuk isi borang UPU online. Tapi last-last aku jugak yang isikan. Grrrr.. Lepas tu, dia dapat pergi Kolej Matrikulasi Melaka (KMM). Notebook dia aku tak bagi bawak ke KMM. Untuk permulaan ni biar dia kenal-kenal dulu hati budi dengan member-member. Takut kena curi ke apa ke. So, notebook dia tak guna, aku mintaklah broadband dari dia. Kat KMM pun dah ada wifi. So, buat apa lagi nak guna broadband. Aku pun ada wifi jugak kat Kolej.

Niat di hati nak lah terminatelah broadband. Pastu aku teringat yang broadband ni ada kontrak. Boleh tamat lepas tempoh-tempoh tertentu je. Kalau tak bayar nanti kena saman masuk court nanti satu kerja plak (saya orang kampung, saya amat takut dengan perkataan saman-menyaman segala ni). Bila aku tanya adik aku kontrak berapa bulan, dia cakap tak tahu. Menyirappppp lah darah aku. Nak beli tak tanya dulu orang yang pakar. Main hentam je. Lepas tu tinggal macam tu jek. Aku pulak yang kena settlekan. Memang grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr laaaaa...

Masa aku balik kampung minggu lepas, aku nak tengoklah surat warranty broadband tu. Kot-kot ada tercatat berapa bulan kontrak kat situ. Kemudian yang lebih menyirap lagi bila aku SMS dia, kemudian dia reply SMS bahasa ewwwwwwwwww ewwwww dia tu. Hangin aku. Geli okey bahasa tu. Aku apa lagi, meng"ewwwwwwwwwwwwww" kan dia limapuluh kali ganda kuasa tiga kat dia.


Cakap duk kat meja mekap, tapi aku jumpa bawah katil. Berpeluh cari benda tu. 



Dah jumpa tapi tak cakap berapa bulan kontrak.


ugop??? menatang ape tu weiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....???!!!!
*pitam*

3 comments:

  1. haha...kesian...
    broadbnd ni ade tmph kntrak ea?
    xtau lak..sy main gna jer..
    pastu bile tak snggup byr
    sy terminate je trus...

    ReplyDelete
  2. rasanye skang takde kontrak dh kot. sbb sepanjang sy gune dah 2 tahun lebih ni, takde kontrak pun. kira beli modem tu, tu kite punye la tu. tapi taktau lak your case kan acane.

    ReplyDelete