Saturday, 2 June 2012

bagaimana saya mendapat idea


Idea ni susah nak dapat. Tapi biasanya ia akan datang secara mengejut. Kebanyakan ilham aku dapat semasa mandi dan ehem ehem. Ok, busuknya idea aku ni kan. Muahahahaha. Idea yang aku maksudkan ni merangkumi segala-galanya tau. Means idea research, idea nak update blog dan juga idea nak susun ayat untuk quotes dan sebagainya. Skema gila hidup ada quote. Pesen nak tweet dia banyak dapat RT. -__-“

Ok sebagai contoh, aku duk dalam bilik, tengah buat research. Pastu otak aku jem kejap. Pastu aku cakap dengan diri sendiri, “eh, nak mandi lah! Yeay!” Salin baju seluar, pakai towel semua tu, then melenggang ke tandas. Time ni otak still kat research. Masa start ke keluar dari bilik menuju ke tandas, idea pun datang mencurah-curah seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Start dari pintu bilik, satu-satu idea datang, siap ngan metadologi, result semua cukup lengkap tersusun dalam hotak aku ni.

Kenkadang, bila sampai part aku bengong sikit, aku cakap ah sensorang dalam bilik air, contohnya “Eh, kalau aku bandingkan equation ni, dengan equation tu, kemudian masukkan variable utk bla bla bla bla…” Kalau ada orang dalam tandas, aku cakap dalam hati. Kadang-kadang aku speaking.

Kalau ada presentation petang tu, masa mandi pagi tu aku memang dah start present pada diri sendiri dalam bilik mandi. “pot pet pot pet pot pet…” tapi dalam hati jek. Gila ko nak present masa mandi kuat-kuat. Nanti kalau grammar buat malu jek. Muahahaha. Tetiba plak nanti ada orang tegur, then aku respon “Oh, my English!!!” hahaha. Tak ke sewel aku ni??

Lepas je siap mandi dan buang segala, aku pun nak bergegas masuk bilik untuk catat idea-idea aku ni. Tetapi malangnya, bila sampai je bilik hilang semua idea dan ilham-ilham yang tercetus dalam bilik mandi tadi. Bukan setakat idea aku tu hilang, dengan aku-aku sendiri lupa yang aku ni nak catat idea. Tak ke berpuaka bilik aku tu kan?!!


4 comments:

  1. len kali bwk pen ngn ketas masok bilik ayo..hehee

    ReplyDelete
  2. haha ...sambil mandi sambil tulis la HAHAHA

    ReplyDelete
  3. hahhahha, cam alasan ja ayat akhir tuh...

    ReplyDelete