Wednesday, 6 June 2012

Aku Si Pelaris Pavillion


Assalamualaikum dan salam satu Kampung Kuala Kubang. Untuk pengetahuan pembaca yang ku kenali mahupun tidak ku kenali, sekarang ini tuan belog sedang berada di kampung halaman yang tercinta. Semester ini merupakan semester yang paling banyak aku balik kampung. Dekat entri (Kerja Gila Episod 2) pun gua dah balik kampung. Sebenar-benarnya, semester ni jugak merupakan semester yang paling sunyi dalam hidup aku. Kawan-kawan semua dah tak ada. Pergi praktikal. Jejauh. Di Melaka sana. (TT______TT)

Tak maulah sesedih. Sekarang ni aku nak cerita tentang kewujudan daya penarik dalam diri aku ni. *ceewahhhh*

Kisahnya macam ni. Kat rumah aku ni ada sebuah kedai runcit. Kedai ni ayah aku punye. Boleh dikatakan salah sebuah kedai yang paling utama dan popular la jugak dalam kampung aku ni. Ibarat macam pavillion di kampung Kuala Kubang. Muahahaha. Semua barang ada, lauk-pauk, sayur, barang dapur, perkakas motor, lampu, penyapu, hanger, dan lain-lain. Panggung wayang ngan boling je takde. Hiksss.. =___=

Namun, (dah nak masuk isi untuk menabur alasan) aku ni kalau bab nak menjaga kedai sorang-sorang memang malasssssss sangat. Bukan malas sebab pemalas, tapi malas sebab terpaksa panggil orang lain untuk tolong aku menjual sama. Sebab utamanya satu je, tak tahu harga dan tak tahu barang tu kat mana. (Tadi cakap satu tapi bagi dua!)

Alasan pertama, disebabkan aku ni jarang-jarang je balik rumah, harga-harga barang dalam kedai ni memang aku tak tahu dan tak dapat ingat. Kadang-kadang gula-gula pun aku tak tahu harga dan berapa bijik sebab selalu berubah. Kalau dulu seposen tu dah dapat 3 bijik, sekarang jadi 2 bijik. Kadang-kadang sebijik je seposen.

Alasan kedua, tiada tanda harga. Kebanyakan barang-barang ayah aku tak letak tanda harga sebab barang-barang cepat habis stok. So, selalu beli barang baru untuk ganti. Benda tu berulang-ulang so, bila dah beli stok baru, nak letak tanda harga pun macam membazir je letak pastu tup-tup dah tak ada.

Alasan ketiga, harga selalu turun naik. Memang jarang turun, tapi selalu naik terutamanya bebarang macam beras, tepung, gula, bawang. Barang ni naik bergantung kepada harga yang pembekal bagi. Kalau dia bagi mahal, so kita pun kenalah jual up sket. Takkan nak jual dengan harga yang sama macam harga yang dulu. 

Kalau korang nak tahu, semalam berlakulah situasi di mana aku ni duk ingat harga gula yang dijual pada zaman paleolitik lagi. Mujurlah masa tu kakak aku yang sulung tu pelanggannya. Kalau orang lain, memang hureyyyylahh dia.

Kak Ros: Kira barang-barang ni. (dia campak gula dua paket, roti, dan ais atas meja cashier)
Aku: Gula Ni RM1.50 kan???
Kak Ros: Hoi. RM2.40 lah. Ermm.. tak lama lagi bankrupt la kedai Tok Wan Hasan (nama ayah aku kat kg) ni kalau mu jaga.
Aku: @#^&%@!! pftttttt =__=”

Hahahah.. itulah masalahnya. Sebab tu, bila aku terpaksa jaga kedai ni, aku selalu berdoa pelanggan yang datang ni (padahal berdoa agar pelanggan tak ramai) semua beli barang-barang yang aku dah tahu harga barang. Kalau aku tak tahu, kadang-kadang aku tanya pelanggan tu harga barang tu berapa. Kalau dia tipu, maka aku ni kena tipu dengan dialah.

Tetapi, apa yang aku duk bengang sekarang ni, bila je kaki aku melangkah masuk kedai, berpusu-pusu pelanggan datang nak membeli. Kecik besar tua muda pakcik makcik segala mak nenek semua datang masa aku jaga. Sekali nak beli barang-barang yang pelik macam getah lastik, gam paip, minyak petrol yang nak dibungkus dalam plastik, pastu getah urat yang bebulat tu (seposen 20 urat getah. Kalau dia nak beli tiga posen, aku kena kira 60 urat. Time ni tengah nak tengok nona yang Mia Sara tu. Lepas je mengira, tup tup nona dah habis. Demmmm!!!). Bila time mak aku jaga je, kedai pun sunyi je. Jarang-jarang je manusia datang. Kalau datang pun nak beli gula-gula je. 

Begitulah dilemma aku. Oleh itu persoalannya, adakah aku ini seorang pelaris???? Kalaulah aku pelaris, tak lama lagi kedai runcit ayah aku ni bakal menjadi Pavillion di Terengganu. Fikir-fikirkan lah. *memang tak boleh blah*



5 comments:

  1. hehehe lawak la ... kira 60 urat getah tu sampai terjojol bijik mata tak? hehehe. Btw, agaknya ni tandanya kamu ni jenis murah rezeki kot que? :-)

    ReplyDelete
  2. mwahahaha! lawaknya entry ni. hahaha.

    blog best. keep it up :)

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Bukan plearis la,,tapi aura..huhu...

    ReplyDelete
  4. bang nak beras 30 kati ngan tong gas 2 . pastu hantar kat umah eh . bai

    ReplyDelete
  5. tadi dah komen tapi mcm tak masuk je . ok , bang . sy nak 30 kati beras ngan tong gas 2 . pastu hantar rumah ya . bai

    ReplyDelete