Thursday, 14 June 2012

24 jam kita tidak sama


Makin lama makin meremang bulu roma. 
Oh ya, ini berkaitan research. 
Bila sampai satu ketika, aku mempersoalkan kepada diriku sendiri, "apa itu masa?". 
Masa bukan sekadar jam dan waktu. 
Masa itu besar pengertiannya. 
Masa itu sifatnya ada pengawalan dan pengakhiran. 
Yang pasti, masa akan berhenti. 
Dan ketika itulah kita akan ke fasa yang seterusnya.

Apa yang aku nampak, kita semua tak pernah berhenti walaupun kita dalam statik. 
Tempat kita berpijak ini sedang bergerak dengan kelajuan lebih kurang 30km/s.
Jika ia berhenti, kita semua akan hilang kawalan. 
Kita tak tahu sama ada kita ke atas atau ke bawah, utara atau selatan. 
Yang pasti, semuanya gelap. Hitam. 
Ya, sememangnya aku sedang bercerita mengenai bumi dan alam semesta.

Aku sedang melihat masa seperti gambar di atas.

Aku setuju dengan istilah, "masanya pasti akan tiba".
Tapi aku tidak bersetuju dengan istilah "kejar masa".
Yang pasti 24 jam setiap insan tidak sama.
24 jam insan yang sedang berduka lagi lama tempohnya,
berbanding 24 jam insan yang sedang bergembira.

Memang betul, demi masa, sesungguhnya kita semua sedang berada di dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh. 

No comments:

Post a Comment