Saturday, 9 June 2012

1 SMS, 2 Respon Berbeza.


Semalam hari Jumaat aku rasa macam hari Sabtu. Si Zul ni mai tumpang bilik aku hari Khamis lagi (So, apa kaitan??). Sebelum ni dia biasa mai tumpang hari Jumaat, Sabtu dan Ahad lepas tu terus pergi Melaka praktikal kat sana (Tak dak kaitan lagi). Biasalah kalau ada si Zul ni, bagi tiga bulan pun tak habis bercakap, bersembang segala ceghita keluar. Bagi tajuk ja, kami ulas dari A sampai Z. Dia duk tension kalau sembang ngan aku, sebab aku ni asyik tak kenal orang. (Maklumlah, aku ni jenis yang tak suka bergossip macam dia.. hewhewheww..)

Jadi, hari Jumaat tu lepas solat Subuh, kami sambung tidur. Macam biasalah dia tidur lantai. Aku tidur atas katil. Gila ke nak bagi tuan bilik tidur kat lantai?? Tapi aku bagi la sekeping tilam kat dia. Kat bilik aku ni ada dua tilam. Awal-awal lagi aku rembat tilam bilik sape entah. Tak apa, kolej aku ni banyak tilam. Cuma depa duk simpan ja banyak dalam stor tak mau bawak keluar. Kena makan tikus baru padan muka.

Lepas tu pukul sepuluh pagi, si Hafizuddin ni duk SMS kami, cakap dia masak, pastu nak bawak turun makanan kat bilik aku. Yang lawaknya kat sini, dia hantar SMS kat kami serentak, tapi respon kami berbeza. Hahaha. Aku macam biasalah respon kejam ala-ala pffftttt..., Zul pulak respon memang ada lagi lah sifat berperikemanusiaan dia. Aku langsung tak. Muahahahaha. Time kami respon ni semua baru bangun tidur. Mamai-mamai lagi. Dalam hati, sapa la duk sms pepagi buta ni. =___=


Ni respon si Zul.


(Baca yang Fri 9:57AM) 
Ni plak respon kejam aku. Muahaha. (Saya?? OMG)

Last-last kami naik jugak ke bilik dia. Hahahaha. Dia hidang kami nasi dengan rendang ayam, sedap gilaaa habaq hang!!!! Kami tambah dua kali. Pastu suruh lagi dia simpan sebab nak makan lepas solat Jumaat. Gila tak tahu malu betul aku. Hahahaha. Dah la pergi makan dengan tak mandi lagi. Pakai seluar tidur petak-petak dengan baju singlet ja. Hahaha. Apa aku kesah. Hewhewhew. Kenyang weh.

1 comment:

  1. hahhaaa
    ala
    comel je si hafizudin kawan korang tu
    msti dia baik2 kan
    msti korang selalu buli nie
    haha

    ReplyDelete