Sunday, 20 May 2012

Teguran


Aku tak pandai nak buat entri lawak. Aku juga tak pandai nak buat entri sedih walaupun ketika aku menaip entri itu aku sendiri menangis. Aku tak harap orang baca. Aku tulis hanya untuk aku sendiri baca. Mungkin suatu hari nanti, sedikit demi sedikit aku akan lupa banyak perkara pasal diri sendiri. 

Banyak dosa yang aku buat ketika muda remaja. Walaupun aku rasa aku ni tidaklah tersesat jauh, tapi itu masih lagi tidak menjamin nasib aku di akhirat sana. 

Aku anak lelaki. Bakal suami. Bakal ayah. Walaupun tak berniat lagi untuk berkahwin, tapi makin hari aku rasa makin takut untuk masuk alam perkahwinan. Ilmu aku untuk bimbing isteri dan anak-anak ni dah cukup belum? Kalau isteri aku buat salah, mampu ke aku untuk tegur ataupun aku hanya diam tanpa berkata.

Perangai aku yang terlalu menjaga hati orang tu lama kelamaan aku rasakan memakan diri sendiri. Nak ditegur, memang nak tegur, tapi otak dan hati ni selalu nak jaga perasaan, tak nak terkurang ajar. Tak nak orang yang kita tegur tu tersinggung dan malu dengan teguran kita.

Niat aku baik. Niat aku nak membetulkan orang-orang yang aku sayang. Niat aku nak sampaikan apa yang betul dan apa yang tak betul. Aku tak pasti mereka tahu atau tidak perkara ini.







No comments:

Post a Comment