Tuesday, 22 May 2012

Resah


*Kring kring*

Handphone belekberi gua berdering. Belum ada muzik yang sesuai untuk dijadikan ringtone henfon gua. Tangan gua cepat mencapai henfon yang tersadai di lantai bilik. Betul-betul tepi dumbell. Malas. Mamai. Pening. Gua mulai membaca nama yang terpapar pada skrin handphone.

"Dr. Sharifah?????" 
Oh, itu nama supervisor gua.

"Ehem, ehem, hello hello.. testing 1,2,3." *Ni belum angkat call lagi*
Suara sedang ditesting. Ini adalah untuk menghindari gua dari dikesan baru bangun dari tidur. Tidur di siang hari adalah teruk bagi gua. *Dah tahu teruk tapi gua buat jugak*

Henfon dibiarkan berdering. Suara gua sememangnya kedengaran suara orang yang baru bangun tidur. Oleh itu, gua membuat keputusan untuk tidak mengangkat handphone. Lima minit kemudian, gua menghantar SMS kepada supervisor lantas gua meminta maaf kerana tidak mengangkat phone. SMS dibalas. Arahan diberi. Arahan dibaca. InsyaAllah arahan akan dipatuh.

Arahan: Gua dikehendaki ke USIM pada hari Rabu untuk mendengar ceramah dari co-supervisor. 

Gua mulai resah apabila menerima arahan sebegini. Nak pergi naik apa, itulah masalah dan soalan pertama berlegar di kepala. Dalam hal meminta pertolongan orang lain dan meminjam barang orang lain adalah kelemahan utama gua. Segan bercampur serba salah.

Gua tak ada jalan penyelesaian. Gua hanya berserah.

Gua sambung tidur dan berharap esok masalah gua selesai dan soalan gua terjawab. Moga esok lebih tenang.


1 comment:

  1. boleh ke tidur untuk selesaikan masalah?good luck eh :D

    ReplyDelete