Monday, 21 May 2012

Kerja Gila


Selain mempunyai perangai yang pemalu, sopan santun, berbudi bahasa dan berpekerti mulia, aku juga mempunyai perangai peliks iaitu suka buat kerja gila. Kerja gila ini boleh didefinisikan sebagai membuat keputusan tanpa fikir panjang yakni mengikut emosi dan nafsu semata-mata. Sebagai contoh, duit dalam dompet ada RM10 jek, lepas tu nafsu ni mengada-ngada nak lunch kepsi plak. *Hulur cermin dan kalkulator saintifik sebab tak sedar diri takde duit tapi nak makan KFC bagai. Beli nasi kat kedai Janda Cantik Mekap Tebal sudahhhh*

Kita tinggalkan Janda Cantik tu kat perenggan atas. Sekarang kita sambung dengan kerja gila yang telah aku lakukan pada minggu lepas. Kerja gila pertama adalah aku masuk ke Kenny Rogers kat Mines. Kenapa aku cakap kerja gila?? Sebab aku tak serik-serik masuk kenny rogers tu. Hari tu dah masuk dan order menu apa ntah yang ada ayam, then kena pilih side dishes tiga pilihan. Side dishes dia sangat tak sedap dan sejuk bak baru keluar dari peti ais. Aku order dua pasta dengan nasi dan semuanya sejuk. Gila ke nak makan nasi sejuk hoi??? Padahal aku dah awal-awal lagi bagi warning kat waiter tu cakap nak yang panas. Dia mai bagi gak yang sejuk. Sumpah dah tak nak jejak kaki ke Kenny Rogers Roaster kat The Mines!

Kerja gila kedua adalah, aku telah menggadaikan henfon kesayangan aku iaitu Samsung S Plus. Aku sayang kot henfon tu. Itulah satu-satunya aset berharga yang aku boleh tayang kat orang lain. Gila ah, niat beli henfon pun dah tak baik nak menunjuk. Haha. Bukan apa, aku dah tak nak guna henfon tu sebab aku rasa macam tak sesuai je dengan aku dan kewangan tak mengizinkan. Apa yang dimaksudkan kewangan tidak mengizinkan tapi boleh tukar henfon bagai? 

Ok macam ni sebenarnya. Biasanya kalau aku duk kolej, aku akan online dengan laptop. Kalau kat fakulti aku akan online dengan henfon. Tu pun kalau kat fakulti ada wifi. Aku akan online guna henfon bila ada wifi je. Kalau takde wifi alamatnya seminggu bateri henfon tak akan habis. Game berlambak dalam henfon pun aku tak main sebab memang bukan kaki game. Aku kaki ambik gambar pun dah tak tahu nak ambik gambar apa. Gambar diri sendiri memang tak ambik lah sebab tak hensem. Oleh yang demikian, kadang-kadang kalau nak sangat online, aku akan subscribe celcom broadband untuk handphone iaitu RM5 untuk sehari ataupun RM18 untuk seminggu. Memang RM5 tu aku takkan ambik lah sebab nampak sangat membazirnya. RM18 tu pun jarang-jarang ambik kena fikir 356 kali baru subscribe. Kalau nak guna line postpaid bagai tu memang TAK AKAN lah. Jenis kedekut, bukan apa, sebab kena berjimat. Hahaha.

So, kukuh tak alasan aku untuk aku trade in henfon samsung tu then ambik Blackberry. Miahahahaha. Ok, mula-mula tukar tu macam sayang gila rasa nak menangis kat kedai henfon tu sebab taknak meninggalkan henfon tu. Tapi tetapku gagahkan jugak hati ni sebab nak buat camne, nanti aku tahu aku akan tukar henfon jugak. So, kalau tunggu setahun lagi alamatnya harga nak trade in pun jadi RM200 je lah. Kalau trade in sekarang henfon tu harga RM600. So, tambah RM300 lagi dapat blackberry yang latest iaitu Curve 4. So bila dah ada blekberi ni bolehlah guna Blackberry Internet Service iaitu kalau line Celcom hanya RM25 je sebulan. Nampak? Kalau aku guna smartphone lain dan nak online dengan data plan, aku kena bayar RM72 sebulan. See???

Kerja gila yang kedua, lepas je gua beli BB tu iaitu pada hari Khamis malam, balik je bilik gua rasa macam tak tentu arah. Rasa tak sedap hati je tak tahu kenapa. Rasa resah semacam je, hati tak tenang. So malam tu  jugak aku buat keputusan nak balik kampung. Dengan tiketnya tak beli, barang tak packing lagi, so aku pun terus kemas baju sikit-sikit.

Keesokannya aku call Mijea suruh dia hantar kat komuter sebab nak pergi Stesen Bas Putra. Pagi tu pun aku macam tak sedar apa yang aku buat ni? Betul ke nak balik kampung ni?? Aku ni manusia yang susah sikit nak balik kampung melainkan cuti raya dan cuti panjang. Mije bagi cadangan untuk ke Hentian Kajang. beli tiket ke Besut kat sini. Aku pun on je.

Sampai je kat Hentian Kajang dah pukul 9.00 pagi. Terus berkejar ke kaunter tiket, aku tanya tiket ke Besut ada lagi tak??? tapi malangnya semua bas dah bertolak. Malangnya nasib aku.

Nak tahu kisah selanjutnya??? Tunggu entri Kerja Gila Episod Dua.


2 comments:

  1. wuhuu...btw kenny kat mines mmg x bole pakai..hari tu g waitress mcm nk kene kasi mkn kerusi..kerek gila..

    ReplyDelete
  2. untunglaaaaaaaaaaaaaa pakai BB skarang untunglaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete