Monday, 21 May 2012

Kerja Gila Episod 2


Disebabkan semua bas ke Besut dah bertolak, otak aku berpusing-pusing tak tahu nak buat keputusan macamana! Sekarang aku hanya ada tiga pilihan untuk meneruskan kerja gila ini. Pilihan pertama pergi ke Penang (rumah kakak aku) pilihan kedua naik bas lompat-lompat ke Besut.

Oleh kerana aku nak jugak balik ke kampung sebab dah bawakan hadiah lucky draw nak bagi kat mak aku, so aku buat keputusan untuk naik bas lompat-lompat. Beli tiket ke Kuala Terengganu (KT). Pada mulanya bimbang jugak sebab tak sure bila sampai nanti bas ke Besut ada lagi ke tak. Bas ke KT akan bertolak pada pukul 9.40 pagi. yeay!!!..

Disebabkan baru beli BlackBerry, so dalam bas ni bertweet sakanlah. Bas berhenti pun aku tak turun sebab malas dan letih. Lepas bertweet tido, then bangun. Tido, bangun, tido, bangun. Haha. Pukul 5.40 petang sampailah jua akhirnya perjalanan aku yang jauh ini di destinasinya iaitu Hentian Bas Kuala Terengganu. Lepas tu cepat-cepat aku ke kaunter bas SP Bumi. Cari bas ke Besut. Disebabkan tak ada bas ke Besut, aku terpaksa beli bas ke Kota Bharu. So, dia akan berenti kat tempat aku nak berenti tu.

Masa dalam bas, aku ni tweet-tweet lagi, tiba-tiba henfon dah kehabisan bateri. Ini yang paling GILA. Sebab nanti kalau aku dah sampai macamana nak call rumah? Dengan number fon pun aku tak hafal. Kemudian bas pun berhenti kat masjid. Aku pun turun untuk menunaikan solat Maghrib. Tiba-tiba terfikir nak charge handphone kat masjid. Tapi nanti takut kena curi ke apa ke, tak pepasal meroyan aku kat situ. Dah la rumah pun belum sampai.

Lepas solat, naik bas balik, kemudian aku mengeluarkan cetusan idea yang sangat bernas iaitu mengeluar laptop dan usb henfon ni lalu charge. BERNAS GILA KAN??! Bolehlah kutip beberapa percent bateri untuk sms orang yang kat rumah tu suruh ambik aku kat stesen bas. Miahahaha.

Eh, rasa macam nak post Kerja Rajin pulak lah untuk next entri. Muahahahah. Advanture kan perjalanan aku.??! -___-"

p/s: Sebenarnya aku balik nak jumpa mak aku. Takut masa aku dah tak panjang. Selamat Hari Ibu Puan Esah Binti Puteh. Love you so much!!! :)



1 comment:

  1. salam..

    sayangi ibu lebih dari segalanya ;)

    di jemput joint contest syira :

    http://www.sissyira.com/2012/05/contest-2-kata-kata-indah-sticky-post.html

    ReplyDelete