Tuesday, 29 May 2012

Halaman Dua


Banyak perkara aku nak taip. 
Tapi tak tahu pada halaman kehidupan yang mana satu harus ku mulakan dahulu. 
Perasaan suka dan duka bercampur-baur. 
Mungkin hati ini belum kuat untuk menerima situasi begitu dan begini. 
Lidah terkelu, tak tahu bahagian mana harus ku celah untuk ku lontarkan pandangan. 
Hanya otak sahaja yang ligat berfikir.
Aku harap ia masih waras dan positif. 

Semangatku luntur sedikit demi sedikit. 
Perlukan masa untuk aku warnakan kembali dengan motivasi dan muhasabah diri. 
Pernah beberapa kali air mata tak dapat lagi ditahan. 
Aku biarkan ia jatuh laju pada ketika hidungku mencium sejadah yang terhampar. 

Selepas memberi salam terakhir. 
Aku merebahkan tubuh yang dipinjam ini di atas sejadah. 
Mengadu segala-galanya kepada yang Maha Esa.
Ya Allah, aku berserah segalanya kepada-Mu.
Ya Allah, aku mohon kepada-Mu jiwa yang tenang.
Ya Allah, aku berharap orang-orang yang aku sayangi berada di bawah lindungan-Mu.


3 comments:

  1. lu ngadu la pada sesiapa kat dunia ni...tak akan lebih dari ungkapan kesian...

    tapi kalau pada Allah..lu minta, lu dapat..

    ReplyDelete