Thursday, 24 May 2012

gua lega


Hari Khamis memang resah. Lebih sibuk berbanding hari biasa. Kalau hari Isnin memang hari berfoya-foya. Hari Khamis gua akan jadi budak skema. Hari Khamis ada dua kerja. Meeting dan discussion dengan supervisor. Juga kelas Research method. Tapi tadi memang hari yang luar biasa. Aku ada dua presentation dalam sehari. Presentation yang berbeza. Prepare slide tu memang stress. Bila stress aku akan gelak. Muahahaha. 

Masa presentation depan supervisor, gua nampak beliau faham apa yang gua bentang. Gua siap lukis lagi bersungguh-sungguh nak tunjuk yang gua ni faham, walaupunnnn... Gua lukis orbit bumi yang berbentuk ellipse tu. Supervisor gua siap puji lagi, "Wah Que, sekarang dah mahir dah bab-bab melukis orbit ni. Smooth je" *ok, yang smooth tu gua tambah sebab nak bagitau orbit itu sangat cantik*

Lalu supervisor gua cakap, "Ok Que, awak dah boleh start buat paper. Bulan Julai nanti awak bentang kat Seminar Falsafah dan Pendidikan Matematik 2012". -__________________-" .  Biaq betui...!!! Ermm.. ye memang betul. 

Lega dah present depan supervisor. Sekarang tunggu pukul 3.00 petang pulak. Research method class memang tak kan tak ada punyer. 2.30 petang gua dah terpacak dalam kelas. Dari malam tadi berlatih, sampaikan dalam kereta Iskandar pun gua berlatih depan dia masa kami nak pergi lunch.

Dup.. dap.. dup.. dap... Presentation pun bermula. Ayat yang gua susun dalam kereta dan ayat yang gua tulis kat kertas semua dah berterabur. Gua dah tak hirau. Bla bla bla bla.. gua explain dengan lancar (ke?). Macam eksaited pulak gua duk konker stage tu. Siap pergi dekat skrin. Tunjuk segala bagai dan body language tu memang tak kalah.

Sebenarnya yang gua duk gugup dan nebes ni pasal gua buat research dan writing dalam BM, tapi disebabkan dalam kelas tu ada foreigner, gua kena explain kat diorang dalam english supaya diorang paham. So, banyak term english yang gua kena tahu. Takut lupa ja. -________-"

Seterusnya sejurus selepas selesai perbentangan, gua akhiri presentation  yang mantap *bluekk* ini dengan video pasal space kat angkasa, wow.. diorang semua cam berminat je dengan research gua. Bertambah semangat gua nak buat research ini. Harap semua berjalan dengan lancar. Amin.

Tiba-tiba, gua lega. Alhamdulillah.


Gambar di atas merupakan salah satu gambar yang ada dalam slide presentation gua. Dan ia berkaitan dengan research gua. :)

p/s: kalau guna bahasa ibunda lagi best gua explain. sekian.



3 comments:

  1. wah best je gayenye research pasal semesta ni.ehhee

    ReplyDelete
  2. dahsyat lu ni yek....research pasal alam semesta...huh!!!tabik spring

    ReplyDelete