Friday, 6 April 2012

Rezeki



Dulu masa degree ramai kawan-kawan dapat biasiswa.
Rezeki diorang, apply je dapat.
Aku tak tahu macamana rasa orang yang dapat biasiswa.
Muka aku ni tak pernah rasa semua tu.
PTPTN pon parents aku tak bagi apply.
So, semuanya bergantung kepada duit mak ayah.


Mak ngan ayah aku pun bukannya kaya raya.
Bila nak minta duit yuran atau belanja, mulut ni berat sangat nak cakap.
Kadang-kadang tangan sampai terketar-ketar masa nak call.
Perkataan ni satu-satu susun, takut terguris hati mereka.


Salah satu sebab aku nak sambung Master adalah kerana mak ngan ayah aku.
Aku nak balas balik jasa mereka.
Aku nak jadi anak yang mereka selalu impikan.
InsyaAllah, tiap-tiap bulan aku akan bagi duit sebagai balasan.
Walaupun aku tahu seberapa banyak pun aku bagi, masih tak dapat balas jadi mereka.
Tak gunalah kalau gaji beribu-ribu tapi nak hulur kat mak ayah pun tak dapat.
Bagi aku tak ada istilah tak cukup sebab rezeki tu dari Allah.
Allah yang atur segala-galanya.
Bila banyak kita memberi, lagi banyak yang kita dapat.


Masa nak apply Master, aku ingat, bila dah dapat master, segala yuran dan biasiswa automatik dapat.
Sebab tu aku beriya-riya nak sambung.
Aku cakap kat mak ayah aku, tak payah keluar duit.
Rupa-rupanya jangkaan aku semuanya meleset.
Nak apply biasiswa pun tak memenuhi syarat.
So, sekali lagi terpaksa menyusahkan mak ngan ayah aku.


Menipulah kalau aku cakap aku tak jeles dengan kawan-kawan aku yang dapat scholarship. 
Mostly semua kengkawan aku dapat biasiswa GRF. 
Kalau ada yang tak dapat pun, supervisor ada bagi duit geran.
Alhamdulillah, itu rezeki mereka.


Aku??
InsyaAllah, akan datang. Kalau ada rezeki tu, adalah. Kalau Allah tak bagi aku rezeki dalam bentuk itu, rezeki dalam bentuk Ilham dan idea research itu pun aku dah bersyukur sangat-sangat.

9 comments:

  1. insyaAllah, ada rzki adalah nti...yg penting blaja btol2 kan.

    ReplyDelete
  2. alhamdullah & tahniah sambung master di UPM.

    tak cuba appy Mybrain? scholarship for master and phd..

    ReplyDelete
  3. doa la pada Allah..insyaallah..

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah, rezeki itu ada di mana-mana.

    ReplyDelete
  5. dapat biasiswa pun tak menjanjikan apa apa bro . yg penting hasil ;)
    Man Jadda Wa Jadda Wa man Zaro'a Hasada :D

    ReplyDelete
  6. ok la tu at least takyah pikir hutang..cume tak dpt ase sikit bila duit masuk byk2..saat yg paling exited..wlaupon aku tak guna ptptn

    ReplyDelete
  7. bila terasa perit semasa belajar ni selalunya kita akan berusaha bersungguh sungguh. kalau mudah sangat dapat duit melalui biasiswa atau pinjaman, takut nnt kita hilang rasa menghargai. duit habis enjoy ke tempat lain pulak.


    good luck bro :-)

    ReplyDelete
  8. Insyallah ada rezeki tu...kekawan kat sekeliling pun rezeki gak...huhuhu..tinggal 3 minggu je lagi..lepas ni tak tau la dapat jumpa mung lagi ke x...(T_T)..

    ReplyDelete