Friday, 13 April 2012

Blogger Of The Year || EqbalZack


Mari dekat mari dekat, tapi jangan rapat sangat!!!

Semua orang duk heboh pasal Aaron Aziz jadi Bintang Paling Popular 2011 dan pemenang-pemenang lain kan tapi aku ni malas nak ambik port. Aku tak pernah mengundi pun. Vote diorang pun bukan aku boleh apa-apa. Lagi kena keluarkan duit untuk beli paper adalah jugak. Pastu bayar untuk post undian tu. Dia makin kaya, kita yang duk vote ni still sama jugak. At least buatlah open house atau bagi button batch ke kan...hehehe.

Daripada korang duk vote ABPBH yang dah lepas tu, baik korang vote DiGi WWWOW ni. Free je. Tak payah beli surat khabar, tak payah beli majalah URTV, Mangga, Mempelam, Nenas segala tu. Nama je Digi WWWOW, tapi yang guna rangkaian Maxis, Celcom, UMobile atau yang duk kat oversea pun boleh mengundi. Caranya senang saja, tapi dengan syarat korang kenalah ada talian internet. Tak susah, Korang boleh pergi CyberCafe, atau kalau nak free, pergi kat library UKM, atau nak free lagi, pergi McD, OldTown, dan juga boleh datang ke Jabatan Matematik, Fakulti Sains, UPM pun ada internet wifi free.

OK, dah ada internet free kan, so apa lagi jangan duk banyak-banyak fikir lagi dah, saya ada calon yang paling tepat untuk korang undi, tak perlu disangkal lagi kebolehan beliau dalam berblogging. Bila dia berblogging, dia ada style dia tersendiri. Memang takkan sama dengan orang lain. Entri pun ringkas, padat dan tak perlu ambil masa yang panjang untuk baca blog beliau. Tapi dalam kepadatan dan keringkasan itu, ada sesuatu yang beliau nak sampaikan kepada kita. *kemain lagi aku promote blog orang lain yang ringkas, blog aku berjela-jela jugak*

Calon yang saya maksudkan adalah bakal seorang Doctor Falsafah, iaitu Saudara EqbalZack


Kalau anda pergi merayau-rayau ke mana-mana blog, pasti anda akan nampak iklan kat bawah ni, so jangan tengok je, klik terus, then vote untuk EqbalZack. Lebih-lebih lagi kalau ternampak kat blog aku ni. Hahaha.. Nuffnang dan DiGi memang satu gabungan yang paling mantap untuk WWWOW AWARS ini. Untuk maklumat lanjut pasal award WWWOW ini, anda boleh ke http://www.wwwow.my



So, bila dah masuk, apa lagi yang korang tunggu, dah tak ada calon lain yang paling layak untuk diundi. Undilah untuk EqbalZack. Tapi jangan undi sekarang sebab tempoh untuk undian adalah bermula dari 23 April sehingga 13 Mei 2012. Jangan lupa undi Blog EqbalZack untuk kategori Blogger of The Year. Untuk ke laman web di bawah, sila klik pada gambar ataupun di SINI



Undian anda harus tepat,
Jangan sekadar undi yang hebat, 
Tapi undilah blog yang bermanfaat,


5 comments:

  1. yeayyyyy .. kite pun nk vote abg eq nnt >_< ..comel x kite? hahahaha

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Wan. Apa khabar?
    Nak jemput baca entri "Next Top Blogger 1 - Episod 16 (FINAL)".
    http://awieomar.blogspot.com/2012/04/next-top-blogger-1-episod-16.html
    Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada kami :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Wan,
    Memang terharu sgt2 bila warga UPM bantu abg eq promosi DiGi WWWOW Awards ni..
    Abg eq akan buat yg terbaik utk followers dan UPM kita. Koorporat UPM pun nak bantu mcm Media Social Week hari tu.
    Apa yg abg eq harapkan kita sama2 turun padang bila minggu voting tu...
    Kalau ada rezeki menang, kalau takde kita usaha lagi tahun depan. hehe

    Thanks Wan, abg eq akan linkkan entry ni kat blog dan wan secara automatik layak tercalon untuk menang HP...

    -eqbalzack-

    ReplyDelete
  4. TAHNIAH! Anda salah seorang pemenang DiGi WWWOW "BLOG IT AND WIN!".

    Sila email kepada saya maklumat anda untuk urusan pengeposan hadiah. Terima kasih.

    eqbalzack.com

    ReplyDelete