Friday, 23 March 2012

Sehari Setengah Bersama Kanak-kanak


Pada suatu hari, iaitu beberapa hari yang telah berlalu, kakak aku telah meminta pertolongan dari aku selaku adik beliau untuk menjaga anak-anaknya seramai tiga orang iaitu pada hari Isnin. Sepatutnya pengasuh yang jaga, tapi disebabkan pengasuh ada hal yang tak boleh dielakkan, aku kenalah jadi pengasuh pada satu hari setengah. Sebelum ni aku memang dah biasa jaga diorang semua tu.

Budak-budak ni sebenarnya senang je nak jaga. Mereka ni tak akan banyak ragam kalau parents diorang tak ada. Budak-budak memang ada alam diorang sendiri. Alam fantasi kanak-kanak. Kadang-kadang aku curi-curi dengar jugak apalah diorang diorang ni bualkan. Lebih-lebih lagi bila dua orang abang tu berinteraksi dengan adik perempuan diorang.

Abang yang sulong tu tak banyak mulut sangat. Abang yang nombor dua tu memang banyak mulut. Adik perempuan diorang yang nombor tiga ni banyak mulut jugak tapi masih lagi menggunakan bahasa dia yang tersendiri. Kalau aku bercakap dengan dia kadang-kadang tak paham, then suruh si abang tu yang translate kan.

Yang kecik sekali tu nama Wafa. Dengar cakap. Kalau aku cakap, baca buku terus dia pergi ambik buku beruang dia then baca. Hari tu dia baca buku sampai tertidur. Haha. Dalam pukul 3 petang memang aku buatkan dia susu then suruh dia tidur. Masa nak tidurkan dia tu kena masuk bilik tidur. Tak boleh tidur kat luar sebab abang-abang diorang main bising sangat.

Tengah-tengah dia hisap susu botol tu aku suruh dia pejam mata untuk tidur. Bila tengok mata dia terbukak, aku terus cakap, tutup mata. Then dia terus tutup mata. Lepas dia tidur baru aku keluar bilik. Kadang-kadang aku yang tertidur.



Time waktu subuh. Kejutkan si abang yang sulong solat subuh. 



Lepas solat Subuh terus landing balik atas katil. Adik dia kat belakang.



Tengah duk dengar aku membebel sebab tak mahu dia ikut ibu ngan ayah dia pergi kerja. 





Sesi beristirehat setelah penat bermain. Yang sulong dah tidur. Yang angah tu duk tengok Narnia. Yang kecik tu minum susu di temani beruang-beruang dia. 



Aku suruh baca buku beruang, then terus tertidur atas beruang. 



Time ni khusyuk baca buku..



Main hoki dengan payung, main futsal dengan takraw. 


Time ni dah on the way nak gi rumah pengasuh.

p/s: So apa tunggu lagi? cepat isi borang dan datang temuduga untuk jadi calon isteri saya. Kbai. Haha.

6 comments:

  1. Sweeeet lahh :'(
    Gambarr dia smard tahap gaban :)

    ReplyDelete
  2. Ok lar tue jadi baby sitter,bukan senang nk padat peluang mcm nie.

    ReplyDelete
  3. baik2 anak sedara ko. kalau anak sedara aku.... magrain aku dibuatnya

    ReplyDelete