Saturday, 31 March 2012

Penulis blog adalah penyebar fitnah berjaya?


Buat blog untuk bergossip. Gossip yang tak tahu hujung pangkal, benar ke salah, tapi tulis dengan yakin kisah para artis itu, artis ini, tak takut dosa ke.? Walaupun petikan gossip tu bukan dari penulis blog itu sendiri, tapi dalam hal ini penulis blog itu adalah penyebar fitnah yang paling berjaya. 

Mendapat traffic yang tinggi, itulah sasaran semua penulis blog walaupun dengan menjaja kisah kehidupan orang lain, gossip-gossip, gambar-gambar artis yang mengaibkan, yang mengghairahkan, memang banyaklah orang akan masuk blog tu. Iklan-iklan yang bertaburan di blognya akan menghasilkan pendapatan yang lumayan. Dalam sebulan mungkin dapat lebih kurang RM10 ribu. Kemudian buat belanja makan anak bini dan keluarga dari sumber fitnah itu. Hurmmm.. Jangan nak fikir untung je. Fikir jugak untuk masa hadapan ye.

Jangan kita fikir, hidup kita kat dunia ni terlepas, akhirat pon akan terlepas sama. Oh tidak sama sekali. Kalau 1000 artis yang kau sebar fitnah tu tuntut hak dia di akhirat kelak, kau bayangkanlah sendiri. Kau memang tak pernah letakkan diri kau pada orang yang kena fitnah tu.

Sebagai contoh, kalau kau terlalu di sebuah kelab malam, kemudian ada orang tersnap gambar kau, lepas tu dia sebar kat orang lain cakap kau baru keluar kelab malam tu. Orang tu pun masuk dalam blog. Asalnya sorang je tahu. Tapi bila dah masuk blog, mungkin 200000 lagi orang akan tahu. Mungkin penulis blog tu akan claim bukan dia yang cakap tapi orang lain yang cakap kau keluar dari kelab malam, so penulis blog tu rasa dia tak fitnah, tapi hakikatnya dia tu sedang menyebar fitnah!!! Kau paham tak?

Kalau semua 200000 yang baca tu berfikiran positif, tak apa. Tapi kalau hanya 10 orang je fikir positif, yang lain semua negatif, mesti kau bengang kan dengan penyebar fitnah tu kan kan kan.. Renung-renungkan lah ye.

4 comments:

  1. niat yg penting. apa yg org cakap tu belakang kira. yes, must think positive

    ReplyDelete
  2. ermm ermm .. saya tak pernah cerita pasal artis >.<

    ReplyDelete
  3. tau xpe....blog ni dh jadi satu medium nak bukak aib org..kalau letak info dakwah, ilimiah takpe lgi..cukup2 la letak pasal gosip artis tu....

    ReplyDelete
  4. kita nih kekadang baca jugak belog2 gosip nih, tp nak copy2 pastu paste kat belog sdri, mmg taklah. tp mmg betollah, belog nih mmg mudah jadi tpt sebar fitnah, mungkin sebab nak naikkan rating kan, kang wat ceta aku dan famili kang, sapa plak nak baca kan. tp rerasanya baik ke buat cenggitu. ke tuan belog tu mmg dah tader idea, jd dia tepek ja apa yg hangat di pasaran.

    ReplyDelete