Thursday, 15 March 2012

Penat & Lelah Itu Pengorbanan!



Supervisor (SV) pesan, esok awak buat pembentangan.
Setiap journal yang awak download harus ada ringkasan.
"Ya, baek Dr.," gua cakap pada SV tanda ikut arahan.
Keluar dari ofis SV perut berkeroncong mahukan makanan.


Pulang ke Kolej naik bas, kadang-kadang hanya berjalan.
Ada orang cakap, alah jalan je exersice tubuh badan,
Exercise-exercise gak tapi kadang-kadang rasa macam nak pitam,
Sampai bilik memang nak baca journal tapi itu adalah selepas makan.


Gua makan nasik kerabu, perghhh sangat kenyang..
Lauk ikan goreng dengan telur masin memang layannn..
Azan Zohor berkumandang, so gua terus sembahyang.
Sebelum bukak journal, baca doa dulu nak halau setan.


Wifi tak dapat, yes!! ada harapan gua nak fokus pada pembacaan.
Gua baca helaian demi helaian, gua tak paham, gua ulang dan ulang.
Study di meja, gua rasa cepat membosankan.
Kemudian gua beralih ke katil study sambil berkuak lentang.


Baca punya baca, gua rasa gua dah sesat jalan.
Eh, kenapa gua rasa gua berada di alam khayalan?
Roh gua berterbangan di taman-taman kayangan.
Sungguh indah bermimpi bila tidur petang-petang.


Gua tersedar dengan iringan lagu beribu sesalan.
Ah! tak guna menyesal, biarkan mimpi itu jadi kenangan.
Hikmah tidur tadi semoga dapat fokus pada sebelah malam.
Kemudian member gua sms jam 5pm ajak pergi makan malam.


Malam itu gua pulun habis-habisan.
Alhamdulillah, lima journal gua khatam.
Ringkasan pun sudah lengkap disiapkan.
Rasa tak sabar-sabar pulak untuk siang.
Tiba-tiba berkobar-kobar semangat gua nak bagi syarahan.


Itu sahaja. Sekian.


p/s: Walau penat, walau lelah, gua kena teruskan. Kerana ini adalah pengorbanan.

2 comments:

  1. haha!
    sedang golek2 sambil baca!
    kuak lentang atas katil! sentiasa lakukan!
    masuk waktu, terus solat gua amalkan.
    wifi takde, nak hempas semua barang.
    nasi kerabu tiba2 mahal, beralih kepada nasi ambeng.
    tinggal 2 minggu lebih lagi nak final exam, baik gua pulun sampai mampus.
    TEEHEE!

    ReplyDelete
  2. journal apa yang kena khatam sampai 5 tuuu? Apapun ko dah buat yang terbaik

    ReplyDelete