Tuesday, 27 March 2012

A NIGHT @ PLANETARIUM



Biasanya kalau keluar je dari universiti/kolej mesti nak pergi shopping/makan-makan. Jarang nak pergi melawat tempat-tempat menarik. Bagi aku, aku lagi suka berjalan-jalan macam pergi Zoo Negara, Muzium Negara, Book Fair, Galeri , atau taman-taman. Tapi itulah masalah sangat banyak. Satu tak ada kenderaan. Dua tak tahu jalan. Tiga tak ada masa. Empat tak ada yang sudi nak teman.

Tadi aku masuk website www.angkasa.gov.my untuk cari maklumat berkaitan research aku. Kemudian aku tertarik pada program yang bakal diadakan pada hari sabtu ini di Planetarium Negara. Program Sambutan Ulangtahun ke 18; A Night @ Planetarium. Dan program ini juga bersempena Earth Hour 2012.


Acara Sambutan Ulang Tahun Planetarium Negara yang ke-18 pada 31 Mac 2012:
MasaAcara 
 7.30 pagi Senamrobik
 8.30 pagi Pendaftaran Aktiviti
 9.30 pagi - 10.30 pagi
 Pertandingan Mewarna (Tadika / Sekolah Rendah (1,2,3) / Sekolah Rendah (4,5,6)
 Pertandingan Memasak (Space Resepi)
 Lawatan ke Balai Cerap
 Pencerapan Matahari
 11.00 pagi - 12.00 tengahari
 Sambutan Ulang Tahun Planeatrium Negara yang ke-18
 Penyampaian Hadiah
 12.00 tengahari - 1.00 petang Ceramah Keunikan Matahari
 1.00 petang - 1.20 petang Tayangan Solar Storm
 2.00 petang hingga 4.00 petang  Tayangan Percuma

Program A Night @ Planetarium:
Masa Acara 
 7.30 malam   Pendaftaran 
 8.00 malam Pencerapan Malam 
 8.30 malam
 Sharing Session "Wonders of the Universe"
 Wayang Pacak
 Night Walk
 Space Hunt
 10.30 malam  Bersurai


Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah klik SINI

Bagaimana untuk ke sana???



Bagi Pejalan Kaki / For Pedestrians
• 10 minit perjalanan daripada Muzium Negara.

Bagi pengguna kenderaan sendiri

• Dari Jalan Bangsar, menuju terus ke bulatan Stesen Keretapi KTM, belok ke kiri menuju ke Masjid Negara
• Dari Jalan Mahameru, belok kiri menuju Jalan Parlimen. Di lampu isyarat, belok ke kanan menuju Plenatarium Negara

Bagi pengguna kenderaan awam 
• Bas Rapid KL No. B101 dariTitiwangsa ke KL Sentral  ATAU Bas Rapid KL NO.B112 dari Maluri ke KL Sentral (Transit Daya Bumi)
• KL Hop-On-Hop-Off Double Decker Tour Bus Service, turun di Stesen No. 14 (Planetarium Negara, Taman Burung, Memorial Tunku Abdul Razak, Taman Tasik KL, Taman Orkid, Taman Rama-Rama
• Pintu Masuk Utama. Bas beroperasi setiap 30 to 45 minit sela masa
• Komuter KTM, turun di Stesen Kuala Lumpur berdekatan dengan Masjid Negara
• Teksi. 5 minit daripada KL Central.


2 comments: